Aktiviti bersama anak · Homeschooling · Lifestyle · Outdoor HS

Pengalaman kelas pertama menunggang kuda

Assalamualaikum.Kelas menunggang kuda part of anak saya punya silibus homeschooling pada tahun ni 2016.Dek kerana faktor kewangan kami tunda mendaftar sehingga bulan Februari.Alhamdulillah dilapangkan rezeki berjaya daftar ahli dan daftar untuk kelas.

Hadir ke kelas pertama kali

First session kami terlewat…tak disengajakan.Alhamdulillah sessi kami belum terlepas sebab kelas kami pada hari bekerja,waktu petang.Jadi schedule kuda tak padat.Sampai-sampai kami daftar di kaunter dan kuda pertama Noura namanya Smiley.Ewah…Sweet betoi.Nama smiley.Ponny ja.Bukan terus-terus bagi baka arab ok ;p

pengalaman-belajar-menunggang-kuda-untuk-kanak-kanak-5
Tengah mandi petang si Smiley ni

Sesampainya di stable kuda sedang mandi.Lepas tu meet and greet the ponny.Saya pesan baca bismillah.Firstly gosok-gosok dia kuda,tanya nama..mungkin uce breaking lah kot.Instructor pun ok ja,suara lembut dan tahu handle pelajar kecik macam ni.Pegang dan bawa kuda ke tempat latihan.Semua atas pengawasan instructor.

pengalaman-belajar-menunggang-kuda-untuk-kanak-kanak-6

Lepas tu mula dengan pusing-pusing dalam bulatan.Anak saya tak berapa takut dan dia minat.Saya memang sebelum ni asyik bawa je ke sini untuk joyride.Dari dia 2 tahun macam tu tapi tak konsisten. (Rujuk entry ini >>Aktiviti petang di DARC).Cuma sebulan sebelum daftar memang cuba bawa tiap-tiap minggu.

pengalaman-belajar-menunggang-kuda-untuk-kanak-kanak-2
Mula-mula senyum
pengalaman-belajar-menunggang-kuda-untuk-kanak-kanak-1
Balancing

Gayanya macam buat balancing.Saya memang tak sempat nak tengok anak saya punya kelas.Sebab anakkedua ni memang macam lipas kudung lari sini sana.So,tak sempat memantau anak pertama.

Sampailh bila saya pusing anak saya macam nak jatuh dan sempat disambut oleh instructor.Berderau weh…kang tergeliat,terpeleot ke..Ada jugak visitor datang tanya instructor “Is she ok?”.Mak cuak sebab tak nampak apa jadi.Muka anak saya pun dah kelat sikit.

pengalaman-belajar-menunggang-kuda-untuk-kanak-kanak-3

 

Ceritanya,ada kilat dan guruh.Lepas tu anak saya cuak terkejut.Kuda tu pun terkejutlah,dia nak lari.Macam turukmaktu dalam cerita avatar.I feel you.Lepas tu part paling dia suka,instructor bawa kuda tu lari laju2 dalam kawasan bulatan tu.Dapatlah merasa andrenaline berkuda kot.Janji ko senyum nak.Buatnya tak nak pegi klas..mak dah bayar ni.

Kelas kami dan kelas-kelas pelajar lain berhenti sebab,guruh dan kilat sikit-sikit.Langit jadi gelap.Musim hujan petang-petang.Lepas berkuda saya belanja aiskrim.Puas hati.

Pakaian dan peraturan

Wajib pakai topi keselamatan.Kalau belum beli boleh pakai club punya.Buat masa ni guna lah yang club dulu.Kasut pula jangan pakai kasut ala-ala croc macam anak saya tau.Sekurang-kurangnya pakai kasut sekolah atau sport shoe pun dah ok.Paling bagus pakai boot dia.Tak pe..kita mula pelan-pelan ye.

Mostly saya tengok pakai seluar slack.Tebal.Anak ku mak dia main hentam keromo.Insyaallah lepas ni kami pakai proper lagi.

pengalaman-belajar-menunggang-kuda-untuk-kanak-kanak-4

Harga belajar berkuda

Tak tipu.Ini yang faktor paling utama kita timbang-timbangkan.Untuk menyertai apa-apa aktiviti di sini kena bayar RM180 setahun,untuk 1family.Anak satu atau anak 6 sama saja bayar RM180 setahun.

Kelas kuda pakej sama untuk kanak-kanak dan dewasa.

WEEKDAYS : RM180 for 6 sessions

WEEKEND : RM210 for 6 sessions

Saya ambil pakej weekdays =RM180. Jadi setiap kelas RM30 lah.

Satu sessi 30 minit.Dengar macam..kejap je kan 30 minit.Cuba naik kuda,up and down 30 minit.Tak ke macam nak terbongkang tidur je bila sampai rumah nanti.

6 sessi ni saya buat selama 6 minggu.Jadi kiraan bulanannya RM120sebulan.Bila saya buat kiraan pecahan macam ni saya nampak ‘mampu bayar’ sikit.Tambahan kelasnya one-to-one tau.Coaching.Bukan berkumpulan.

Ok,setakat ini dahulu.Insyaallah

 

(Visited 1,434 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Pengalaman kelas pertama menunggang kuda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge