Lifestyle

Pengalaman buat ujian pap smear

Assalamualaikum dan salam sejahtera =) . Masuk tahun baru 2017. Syukur Alhamdulillah. Makin tua satu tahun. Selalu saya ingat yang makin dekat 1 tahun dengan kematian. Apa lagi selepas ini, mesti membawa kita makin dekat dengan mati. Ok, masuk sahaja tahun baru memang sibuk. Tak sempat saya nak berkongsi dengan anda kan?

Reaksi kita bila dengar perkataan pap smear

Ujian pap smear. Perempuan sebaya saya (geng 30an) kalau dengar mula-mula akan rasa ngeri. Tapi mesti tahu yang kita tak boleh mengelat. Kalau yang belum pernah buat ujian akan kata

” Tahu kena buat yang kita semua KENA buat pap smear, tapi tu lah….”

Dan diringi macam-macam alasan termasuk saya. Tapi sangat perlu saya berkongsi di sini sebab ramai kot yang sebaya saya takut dan bertangguh bagai nak buat ujian kan? Google sana sini nak cari informasi, akhirnya masih sama-sama belum jugak buat. Sesungguhnya saya berkongsi kerana saya mahu memberi manafaat dan mengatakan bahawa

” UJIAN PAP SMEAR TAK SAKIT OK!”

pap-smear-tak-menyakitkan

 

Bagaimana saya terpaksa juga mengambil ujian pap smear

Saya mengalami kegatalan dan discharge kekuningan di bahagian sulit. Ini kali kedua berlaku. Saya amat tahu jangkitan di bahagian vagina amat biasa pada wanita. Berlambak orang google nak tahu. Ini dah kali kedua dan discharge yang keluar bewarna seperti lelehan nanah. Waktu ini saya dah guna antibiotik yang kita masukkan ke dalam miss v sendiri.

Dalam masa 2 hari menggunakan antibiotik, keluar darah. Kita pompuan kot, kita dapat beza warna darah haid dan warna darah segar. Darah yang kali ini seakan-akan darah luka. Darah haid kan, hari pertama mesti kecoklatan, dan menjadi makin banyak pada hari ke 2 hingga ke 4. Kali ini darah saya segar dan seperti darah luka.

Cepat-cepat saya ke klinik sebab berterusan sampai keesokan hari. Doktor nasihatkan saya untuk ambil prosedur pap smear. Sebab katanya, pap smear boleh tahu jenis jangkitan dan pada masa yang sama mengesan kalau ada barah pangkal rahim atau tidak. Saya setuju. Cek harga berapa dan saya pejam mata setuju. Nak lari mana kan? Kena buat juga akhirnya

Pengalaman semasa ujian pap smear dijalankan

sakit ke buat pap smear
Kredit gambar : http://www.brooklyngynplace.com

Prosedur cara buat ujian pap smear mungkin anda semua boleh cari kan di internet. Saya nak ceritakan dari pengalaman orang yang menjalani ujian. Mula-mula doktor akan buat persediaan. Saya diminta membuka semua pakaian bahagian bawah badan dan berbaring di atas katil. Bahagian bawah badan akan ditutup dengan selimut. Doktor akan beritahu dia kita yang pembantu doktor akan ada juga waktu ujian untuk membantu beliau.

Kemudian bila dah sedia. Kita diminta duduk seperti hendak bersalin. Punggung mesti rapat ke katil dan dalam keadaan relaks. Relaks atau tak relaks doktor tahu je kan? Zikir dan tenangkan hati. Minda mesti reset bahawa pap smear ini untuk tujuan kebaikan kesihatan sendiri. Bernafas dengan tenang dan fokus pada zikir.

Doktor akan minta kita tarik nafas dan dia akan masukkan speculum. Waktu ini tak rasa sakit. Cuma rasa macam luar kebiasaanlah sebab speculum tu besi dan masuk dalam vagina. Tak sakit nak habaq mai. Doktor pun berhalus bak kata orang pantai timur. Dia akan hati-hati. Dia akan cakap, kalau sakit beritahu dia. Saya rasa dia calit. Dan tengok-tengok dah siap.

Sekejap ja kot. Doktor tanya saya, sakit tak? TAK SAKIT. Sesuatu yang luar dari kebiasaan tapi boleh dihadapi. Bearable. Macam pi doktor gigilah. Takdelah tara mana sakit tu. Tapi kita dok seriau tak tentu hala.

Harga Ujian Pap Smear

Harga ujian pap smear di klinik swasta yang saya pergi ni RM86 semuanya. Klinik Doktor Arisah di Subang Bestari. Saya memang suka dengan Doktor Arisah =) Klinik lain atau klinik kerajan mungkin berbeza. Keputusannya pula akan sampai dalam masa seminggu. Sebab sample akan dihantar ke makmal.

Saya nak beritahu, sungguh tak de apa yang nak ditakutkan. Jangan mengelat. Fokus pada kelegaan anda lepas buat ujian tu dan beraksi dengan tenang semasa ujian. Fikir bukan-bukan adalah kunci anda jadi panik dan tidak relaks langsung. =)

pap smear tak sakit
Kredit gambar : http://www.carolinawomenshealth.net/
(Visited 4,422 times, 2 visits today)

8 thoughts on “Pengalaman buat ujian pap smear

  1. Besi ye speculum tu. Sy igt plastik. Takut jgk ni tp ramai suruh buat test sbb slalu rasa sakit2 kt bahagian rahim ?

  2. awak ckp awak tpksa ambil ujian pap smear pun dsbbkn kegatalan dan dscharge kuning pd alat sulit,jdi saya nak tahu adakah dktor terus bagi ubat utk kegatalan tsbut? dan adakah kegatalan yg awak alami tu sudah sembuh?plis jawab,saye skrg ni mgalami kegatalan yg mlmpau pd alat sulit..

    1. Sembuh.Sebab bila buat ujian pap smear, doktor akan dapat tahu jenis kuman. Jadi dia akan berikan antibiotik untuk kuman yang dapat tahu dari ujian pap smear

        1. Puan Nurul, tak perlu untuk kes saya tu. Tapi rasanya memang sebagai perempuan dan nak ambil langkah berjaga-jaga kita kena lakukan ujian pap smear berapa tahun sekali itu saya tak pasti. Bergantung juga atas faktor umur dan risiko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge