Interesting Places · New Zealand 2013

Pengalaman Bercuti Di New Zealand (Auckland-Hamilton)

Ini catatan pengalaman.Bukan rujukan.Kami sampai di Auckland dalam pukul 11-12 tengahari.Yang lamanya beratur kastam.Buka semua beg.Bersoal jawab bab makanan yang kami bawa.Alhamdulillah semua lepas.Auckland Airport ada tempat mengerjakan ibadah.Jadi anda boleh menyelesaikan rukhsah solat anda di airport sahaja. Solatlah di mana-mana bumi Allah pun boleh =)

bercuti-ke-new-zealand-20
Gambar dari orang tak kuasa bergambar.Tak suka ok nak susun orang masa tangkap gambar.Candid2 saja

Kemudian geng ibu-ibu tunggu encik suami pergi ambil kereta sewa.Time ni merasalah sejuk oversea gitu.Yang kami sewa tu estima.Sewaan selama 7 hari.Percuma baby safety seat untuk kanak-kanak bawah 6 tahun kot.Oh ya,di NZ WAJIB anda menggunakan child car seat.Sila semak regulation mereka.Kalau tak guna memang kena lah dengan polis.Bahkan orang-orang awam juga akan datang dan tegur kita jika kita anak tak diletakkan dalam car seat ok.Kalau anak anda tak biasa duduk dalam car seat.Train lah di Malaysia.

Kereta macam sardin.Kami bayangkan estima sudah cukup besar untuk kami 2 keluarga.Tanpa kami fikirkan yang masing-masing bawak luggage besar almari.Hahahha!

Bergerak ke Hamilton.Bandar pertama yang kami akan tuju.Tak lama – 1 jam setengah.Tak sampai 2 jam.Tiada heavy traffic.Bahkan susur masuk ke highway pun ada traffic light (hijau-merah) supaya smooth je.Bukan nak jadi sampai 3 lane masa waktu puncak.

Pemandangan bandar mula berubah ke tempat ala-ala damai sikit.Rumah-rumah makin kecil.Rumah-rumah di NZ kecil saja,seperti cabin.Untuk optimize penggunaan heater pada musim sejuk.

bercuti-ke-new-zealand-15
Rumah ringkas,petak macam ni.Jimat elektrik.Sebab elektrik bayar mingguan rasanya.Kalau pakai heater kan penggunaan tenaga tinggi.

Sesampai di Hamilton,kami rehat.Sejuk ooiii,early spring.Basah-basah gitu.Hotel kami Hamilton City Holiday Park.Dah kira bagus.Katil Queen 1,double decker 1.Heater dia macam kipas kecil di rumah kita dan ada pemanas pada kipas tu.Saya rasa ni heater paling ekonomi kot.Kami jumpa hampir di setiap motel yang kami pergi.Ada dapur untuk masak.Jag air panas.

bercuti-ke-new-zealand-17
Queen bed dan meja makan.Siap bekal nak bawak berjalan

 

bercuti-ke-new-zealand-16
Microwave,dapur kecil,sink,alat memasak,heater (yang macam kipas tu).Chiller di bawah.Lengkap.

bercuti-ke-new-zealand-18

1 katil double decker.Tengok-tengok dah panjat atas ni dah.

bercuti-ke-new-zealand-10
Pandangan luar Hamilton City Holiday Park

Waktu malam saya melawat sahabat lama.Satu sekolah.Mereka suami isteri sambung PHD di sini.Dia jemput je kami makan.Kami makan macam memang macam tak jumpa nasi seminggu.Padahal baru 1 hari weh.Malu I…masing-masing lapar tau.

Kami merancang untuk stok barang dapur esok.Raa dan Ila cadangkan beli di Ahmad Halal store di Hamilton.Depa habaq,ayam brinks halal (ingat-ingat lupa dah,tapi brinx ka..ejaan dia).Kalau nak makan burger king boleh request for halal preparation.Raa juga bagitau kami kedai survenour paling murah di Toupo nanti.

bercuti-ke-new-zealand-19

Sangat seronok berkongsi cerita lepas tu.Dari orang yang bermastautin di sana.Rasa syukur,walaupun jauh beribu batu,dapat juga kami ziarah.Ila dan Raa pun betul-betul sambut kami anak beranak.Happy.Malam tu memang sejuk.Esok pagi rasa tak mau mandi.Ggrrrrrrrrrrrrr!!Bukan berpeluh pun.

DAY 1 :Berakhir dengan hangan-hangan.Rasa tak percaya pun ada.Alhamdulillah =)

Baca juga

BERCUTI KE NZ :PERIHAL MAKANAN ANAK

BERCUTI KE NZ : PART 1

(Visited 3,093 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Pengalaman Bercuti Di New Zealand (Auckland-Hamilton)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge