Parenting

Pengalaman Bawa Anak ke Klinik Gigi

Gigi anak saya sakit masa cuti raya hari tu.Sepanjang malam dia menangis dan kami cuma bantu dia tampal koyok dan usap-usap pipi.Janji lepas tu akan jumpa doktor gigi untuk baikkan gigi yang sakit tu.

Sebelum pergi kami dah pujuk sehari semalam dengan perspektif poitif mengenai doktor gigi.Untuk tengok gigi mana yang sakit.Bila jumpa doktor gigi nanti dia check dan bagi ubat.Noura tak sakit gigi dah lepas jumpa doktor gigi..that kind of pujukkan dengan cerita-cerita positif.

Comel tak sunglasses untuk kanak-kanak buat rawatan?
Doktor tanyakan soalan untuk kurangkan gemuruh anak yang baru first time 

Semalam kami pergi klinik Drs Smile.Di Subang Bestari.Berdebar jugak nak masuk dengan anak.Sebab masa mula-mula saya jumpa doktor gigi sewaktu umur 4 tahun,saya berlari turun dari kerusi dan ugut nak pukul doktor tu.Ayat saya masih ingat “Mana kayu?Ina nak pukul doktor ni?”,maka treatment hari tu terbatal.Mungkin sebab saya kanak-kanak pertama yang ugut nak pukul doktor sebab panik.Saya berdoalah anak saya tak jadi macam saya.

Masuk je dalam bilik doktor,bila doktor dan assistant dia tengok ja kanak-kanak,terus semua tukar mode memujuk.Alhamdulillah,anda memudahkan kerja saya.Noura dipujuk duduk,lepas tu janji akan dapat present lepas doktor check gigi.

Pakai sunglasses comel maa buat treatment
Pakai sunglasses comel maa buat treatment

Anak saya juga pakai sunglasses yang comel masa buat treatment.Doktor cerita pasal ulat dalam gigi,doktor nak buang.Alhamdulillah,doktor dan assistant yang memahami.Habis doktor buang ulat tu semua doktor pun tampal gigi.Treatment ni tak delah kena drill dulu macam orang tua.Doktor cuma tampal guna resin yang clear warnanya.

Dapat present dari doktor
Dapat present dari doktor

Karies susu

Dapat present dari doktor.Anak saya pun cakap dia tak takut.Si adik pula kami tanya mengenai gigi atas dia yang macam kekuningan.Ada bunga-bunga nak jadi kaviti.Katanya ia dikenali dengan nama karies susu.Setiap kali selepas menyusu waktu malam,biasanya gigi anak terendam dengan susu yang diminum.Gigi bawah ada air liur untuk neutralize gula dan susu.Gigi bawah juga jarang mendapat karies sebab dilindungi lidah ketika menyusu.Tapi gigi atas kekeringan.Jadi susu yang tertinggal merosakkan gigi sedikit demi sedikit.

Contoh karies susu atau dikenali sebagai milk decay
Contoh karies susu atau dikenali sebagai milk decay (sumber: http://abiummi.com/)

 

Cara mengelakkan?Doktor nasihatkan gosok-gosok gigi anak guna tuala basah lepas menyusu.Tapi saya sentap pulak baca poster ni.

Sentap.Sebab rasa bersalah dengan anak punya milk decay
Sentap.Sebab rasa bersalah dengan anak punya milk decay

And here is the solution>>Semoga bermanfaat

bawa-anak-ke-klinik-gigi-7

(Visited 938 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge