Umum

Pengalaman anak terhantuk kepala pada katil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Rasa ghairah amat nak berkongsi dengan pembaca sehari dua ni sebab rasa rugi pulak tak berkongsi kalau satu-satu benda bermanafaat disimpan sorang-sorang.Lagi satu sebab baru balik kelas blog Tuan Eizil dari Denai Hati.

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman yang berat sikit bagi saya.Mengenai jatuh katil dan terhentak kepala di kalangan kanak-kanak.Dari perspektif sebagai ibu dan bapa.Bukan doktor.Kita orang pertama yang bertindak ke atas anak kita.

Kanak-kanak bermain lompat-lompat di atas katil
Credit gambar :http://www.everystockphoto.com/

Kanak-kanak bermain di bilik tidur

Lumrah.Mestilah main sebelum tidur.Waktu tu suami out station di Jakarta.Nak tegah rasa tak kuasa dah malam tu.Letih sangat.Sedang asyik main~pung!Bunyi kepala anak terhantuk pada palang katil.Anak yang 2tahun lebih tu,terdiam.Orang tua-tua kata,selak.Keadaan sakit yang amat,sampai tak bunyi menangis.HUUWAAAA……!!!!! Lepas tu ha…dia keriau semahu-mahunya.

Saya pandang tilam tempat dia landingĀ lepas kena palang katil,nampak darah.Aish,mula tak sedap hati.Pusingkan dia,dan meleleh-leleh darah keluar dari dahi.Panik,tak tahu nak buat apa.5 saat saya nak menangis.Saya tarik nafas dalam-dalam.Ubah sudut pandang sambil kata “Jangan panik…uruskan keadaan.Sapa pun tak buleh tolong hang masa ni.”

Anak saya yang pertama dah keriau sambil berkata sedih “Adik kakak…adik kakak…..”.Ha..tau pun risau kat adik.

apa-perlu-buat-anak-terhantuk-kepala
Dahi anak saya terkoyak.Tapi dia masih ok waktu ni

Bawa ke klinik dengan segera

Saya minta si kakak ambilkan ais untuk lap dan keringkan pendarahan adik.Lap-lap sampai darah habis.Anak saya masih boleh bercakap.Tak muntah atau tak sedarkan diri.Syukur.Ada koyakan pada dahi.Suspen!

Telefon jiran minta tolong bawa ke klinik 24 jam (waktu tu dah pukul 11malam).Fateh masih sedarkan diri.Dia cari selipar untuk pakai.Sampai di bilik rawatan,luka dibersihkan dan luka cuma perlu digam.

Drama keriau kuat-kuat bermula dalam bilik rawatan.Tak sampai 15 minit semua selesai.Syukur.

tanda-bahaya-bila-anak-terhantuk-kepala
Selesai rawatan.Alhamdulillah

Apakah tanda-tanda yang perlu diperhatikan 24 jam selepas terhantuk kuat

  • Muntah
  • Pendarahan hidung atau telinga
  • Sawan
  • Keliru atau pertuturan tidak jelas
  • Demam tinggi
  • Pengsan

Cepat-cepat bawa ke klinik.Jangan bertangguh.Saya nak kongsi pengalaman kawan saya.Anak beliau umur lingkungan 10-12bulan jatuh katil dan muntah.Tapi tak dibawa ke klinik.Beberapa hari selepas tu anaknya muntah banyak.Bawa ke hospital dan buat CT scan dan MRI.Memang nampak garis-garis pada otak bayi tersebut.Muntah adalah sesuatu yang serius Ok.

Tanda bahaya yang perlu diperhatikan
Dapat surat ini dari klinik.Puas hati

Paling penting,cegah sebelum parah.Kalau orang tua-tua,mereka suka kalau katil tu rapat ke dinding.Hilang satu sisi untuk jatuh katil.Pasang penghadang katil.

Penghadang katil kanak-kanak
Penghadang katil kanak-kanak

 

 

 

(Visited 330 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge