Lifestyle

Pengalaman anak kena tonsil bernanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tajuk artikel ini agak menakutkan bagi saya seorang ibu.Saya baru mampu menulis selepas saya tinggalkan blog seminggu yang lepas.Saya bagai bercuti di hospital dengan pakej 4hari 3 malam.Jujur saya katakan,jemu.

Selama ini saya tidak begitu ada kesedaran mengenai tonsil pada kanak-kanak.Cuma dengar pengalaman dari sahabat saya Puan Nur sahaja.Sebab anak kedua beliau selalu demam akibat tonsil sewaktu kecil.

Mulanya dengan demam yang berulang-ulang

Anak saya yang kedua mula demam berulang-ulang kali.Bermula dengan demam agak panas di waktu malam.Lebih dari 38.5 darjah celcius.2 kali diserang demam.Boleh dikatakan 2 minggu sekali.Saya bawa ke klinik.Memang tonsilnya bengkak.Tapi bila 2 minggu selepas itu dia masih demam.Saya bawa ke hospital untuk ujian darah.

Menunggu giliran
Menunggu giliran jumpa doktor.Muka masih ceria

Pakar kanak-kanak yang tak disangka

Hari itu hari Sabtu.Anak saya demam berulang buat kali kelima.Buntu dan tak senang duduk jadinya.Saya tidak mahu ke klinik biasa.Saya mahu jumpa pakar kanak-kanak.Suami masih dalam kelas ‘master’.Akan habis waktu tengahari.Saya beritahu kawan-kawan rapat sekadar mengadu hal.

Kawan saya pun sarankan saya berjumpa pakar kanak-kanak.Tapi susah nak jumpa klinik kanak-kanak yang buka waktu petang-petang Sabtu begini.Buntu lagi.Hendak ke DEMC,kami masih akan jumpa doktor bukan pakar kanak-kanak.Mestilah akan masuk ke bahagian kecemasan dahulu.

Saya ‘whatsap’ Puan Nur,beritahu yang kami nak ke DEMC.Puan Nur kata,kalau nak pandangan kedua,abangnya ada di sini.Dr Syed Abdul Khaliq,Pakar Kanak-Kanak HUSM.Saya nampak,rezeki dan aturanNya.Pantas tadi kami persoalkan tiada pakar kanak-kanak akan buka klinik hujung minggu.Tapi Allah datangkan pakar kanak-kanak ke rumah kami.

Ya,kami berjiran.Tinggal sebaris.Pergi ke rumah Puan Nur,doktor Syed periksa dan sahkan tonsil anak saya ni besar.Dia ‘prescribe’ ubat dan antibiotik macam yang kita akan dapat di klinik pakar.Sayangnya antibiotik dan ubat-ubta tersebut tidak dijual kepada orang biasa.Jadi suami saya,Dr Syed dan ayah beliau Syed Abdul Hamid┬ákeluar sama-sama ke farmasi untuk beli ubat-ubat tersebut.

Alhamdulillah,sementara waktu masalah selesai.Terima kasih Puan Nur,Dr Syed dan keluarga.Bantu kami.Selesai kebuntuan.Betapa leganya hati sang ibu.

Dimasukkan ke wad kanak-kanak

Isnin itu kami ke DEMC.Tonsil anak saya ada nanah.Dan perlukan rawatan di wad.Lega.Akhirnya bila kita rasa mecam tiada kesudahan,rawatan di wad nampak sedikit seperti jalan keluar.Suami berseloroh “bermulalah pakej percutian di wad”.Sebab hospital DEMC ini,wadnya ala-ala hotel.Sebilik seorang atau 2 orang sebilik.

Mujur Fateh saya carumkan dengan takaful secepatnya.Kalau kami masih bergantung dengan insurans tempat kerja suami,alamat ke lautlah.Lain syarikat lain polisinya.Antibiotik dimasukkan melalui IV di tangan.Lepas masuk antibiotik,’saline water’dimasukkan mengikut sukatan.Setiap hari sekali saja antibiotik diberi pada pukul 6 pagi.

Mujur anak saya masih makan,dia makan banyak.Nasi dia akan makan setengah dari jumlah pengambilan orang dewasa.Boleh tahan,tak padan dengan keadaanya yang sakit.Air minum dengan baik,menyusu juga seperti biasa.Jadi tak perlu dimasukkan ‘air’ menggunakan IV.

4 hari di hospital

Waktu di hospital memang jemu.Tapi anak-anak suka pula sebab dapat tengok Disney Channel pagi sampai malam.Saya tak halang.Sebab saya tahu kat rumah memang mereka tak dapat macam ini.Saya layankan saja.Hadiah pun banyak dapat.Saya belikan apa yang mereka nak di kedai bawah.Ini sebabnya saya dah letih nak halang-halang buat sementara waktu.

Suka amat duduk hospital
Ceria berlebihan sebab dapat banyak hadiah

Terima kasih buat yang berkunjung.Puan Nur sekeluarga,Najmin,Abe Nizam,Mariati dan suami,Ain dan keluarga tidak lupa ejen Takaful,Siti Mai.Kalian siap bawakan makanan,hadiah dan ole-ole.Terubat demam dek mainan banyak.Kurang jemu sang ibu ini.

Ejen takaful Siti Mai
Ejen takaful kami datang melawat sambil beli alas tilam kalis air

Sekian,setakat ini dahulu.

(Visited 187 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge