Produk · Umum

Pembelian berjangkit cikgu-cikgu

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.Sudah menjelang tiba hari kemerdekaan,anak saya pun dah mula sertai perbarisan peringkat tadika negeri Selangor.Kena pula di musim panas macam ni..kesian pulak saya tengok.Balik je rehearsal perbarisan Hari Merdeka,malam tu dia cakap-cakap dalam tidur dan demam.

Bila menjelang Hari Merdeka,guru-gurulah antara yang kerja lebih masa menjayakan program.Waktu ini muncul pelbagai penghayatan Hari Kemerdekaan peringkat tadika sehingga sekolah menengah.Terima kasih guru-guru.Penat dan lelah.Tambah adanya whatsap,lagi terbeban kena menjawab dengan ibu bapa.

Guru-guru inspirasi kami
Guru-guru inspirasi kami

 

Pembelian berjangkit

Testimoni Cikgu Nadiah
Testimoni Cikgu Nadiah

 

Bagi peniaga online seperti saya,memang suka cikgu-cikgu.Mana taknya,kalau mereka membeli barang,berjangkit-jangkit.Kalau mula seorang yang beli,nanti banyak pula order dikumpul sesama cikgu-cikgu.Terima kasih tau.Dan cikgu-cikgu juga murah hati promote sesuatu barang kalau mereka puas hati kepada kawan-kawan.

Terbaru salah seorang pelanggan kami,Cikgu Nadiah dari Ampang.

Semasa saya guna alas tilam kalis air ni..anak saya tak berhenti bercakap cantik. Lepas ni Puan Nadiah nak beli lagi untuk guna di kampung waktu berpantang.

Alhamdulillah,Lepas ni Puan Nadiah nak beli lagi untuk guna di kampung waktu berpantang. Terbaru,Puan Nadiah repeat order beli saiz single pula dan nak promote kat kawan-kawan sekolah. Terima kasih Cikgu Nadiah dari Ampang.

Kenalkan pada kawan-kawan sekolah

Alas tilam kalis air di sekolah
Terima kasih Cikgu Fariza dari Pulai Perdana

Sebelum Cikgu Fariza dari Pulai Perdana gunakan alas tilam kalis air ni,pagi-pagi sebelum pergi kerja,beliau risau nak tinggalkan toto berbau.Bila dan guna beliau dapat bersihkan alas tilam ni cepat je.Anak beliau pulak akan buka alas tilam ni sendiri dan ganti dengan alas tilam yang baru.

Cikgu Fariza tak perlu risau nak biarkan toto berbau.Setakat ni beliau dah kenalkan kat kawan-kawan dan sepupu.Rakan-rakan dan saudara mara pulak sangat berminat dan berpuas hati.Terima kasih Cikgu Fariza,membeli lagi.

(Visited 89 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge