Aktiviti bersama anak · Lifestyle

Naik MRT percuma dengan anak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selesai episod demam campak kami sekeluarga. Dari hujung November kami kuarantinkan diri di rumah sebab demam campak back-to-back. Mula dengan si bongsu, kemudian saya pula, selepas itu anak sulong dan akhir sekali ibu mertua. Mau tak sebulan kami tak ke mana-mana. Hatta kenduri kendara keluarga dan adik beradik. Tak nak berjangkit.

Bermula di Kwasa Sentral

naik-mrt-dengan-anak-kecil-7
Kredit gambar : The Star

Syukur MRT berdekatan rumah kami. Dalam 5-10 minit. Lepas saja habis semua dah bebas campak kami ambil kesempatan mencuba perkhidmatan MRT. Percuma sehingga pertengahan Januari 2017. Kalau anda rasa tak yakin dan termangu-mangu tak tahu caranya, jangan risau. Staff ramai dan semua membantu. Tanya sahaja. Yelah, sebab perkhidmatan masih baru. Semua datang mencuba.

Bermula dari Kwasa Sentral. Arah tuju kami di MRT Mutiara Damansara. Sebab nak pergi ke kawasan The Curve. Kalau bawa anak, seeloknya pergilah pagi-pagi di hujung minggu. Orang masih tak ramai. Sampai sahaja di tempat beli tiket anda boleh ambil token MRT secara percuma. Juga boleh swipe MyKad untuk menggunakan perkhimatan percuma ni. Pegang tangan anak-anak, begitulah ragam bawa anak.

naik-mrt-dengan-anak-kecil-8
Model rakyat marhaen di Kwasa Sentral

Naik ke platform dan MRT

naik-mrt-dengan-anak-kecil-9
Lihat pemisah antara tren dan platform. Lega hati mak-mak

Naik ke platform macam rombongan Cik Kiah. Platform bersih. Tapi yang paling saya suka adalah pemisah antara tren dan paltform. Ada macam cermin dan pintu automatik. Ini sangat bagus, supaya masa menunggu tak ada orang atau barang boleh terjatuh ke rel. Anak main-main pun kita rasa selamat.Berbeza dengan LRT sikit.

naik-mrt-dengan-anak-kecil-4

Pintunya automatik buka bila tren dah sampai. Leganya saya. Anak-anak teruja. Stesen yang kami tuju adalah Mutiara Damansara. Dalam MRT luas dan lapang. Penunjuk arah juga menunjukkan dengan jelas kita di mana dan di mana stesen seterusnya kita akan pergi. Jadi jelas kepada penumpang. Tak perlu tercangak-cangak tengok luar nak pastikan kita berada di stesen mana.

naik-mrt-dengan-anak-kecil-1

naik-mrt-dengan-anak-kecil-5
Muka Fateh dan Noura yang serius

Saya memang pandang sana sini. Sebab kita nak tahu, laluannya dan destinasinya. Bukan saya sajalah. Semua orang pun sama. Sebab benda baru, jadi kita semua ibarat ekplorasi dengan MRT ni.

Sampai ke destinasi

Sampai di Stesen Mutiara Damansara. Turun ke luar dan kami menuju ke pintu B. Nak merasa naik bas. Kami pun tunggu bas. Kalau anda nak ke The Curve, turun sahaja di pintu B anda jalan terus dan anda sudah menghala ke The Curve.

naik-mrt-dengan-anak-kecil-2

Kami naik bas pusing-pusing ke Kampung Penchala dan Damansara Perdana. Sampai depan The Curve boleh tekan loceng untuk bas berhenti. Nampak saja lori bomba Kidzania di tepi jalan boleh tekan loceng dan berhenti di situ. Depan The Curve dah.

naik-mrt-dengan-anak-kecil-11

Makan-makan di IKEA

naik-mrt-dengan-anak-kecil-10

Kami makan di IKEA pagi itu. Sekitar 10.30pagi. Ramai orang sangat-sangat. Lepas makan di IKEA kami jalan-jalan sikit di Kids Zone di The Curve dan pulang. Pukul 12.30 kami dah dalam perjalanan balik dah. Orang pun mula ramai.

Yang belum cuba, jom kita ambil peluang eksplorasi MRT percuma ni. Didoakan cepat siap semua stesen dan memudahkan perjalanan kita di Lembah Klang. Insyaallah. Harapnya bermanafaat yang artikel Puan Ros hari ini. Amin

(Visited 179 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge