Aktiviti bersama anak · Lifestyle

Naik LRT Percuma 13-15 September

September musim cuti sekolah.Puas beraya di kampung kami kembali ke Shah Alam.Kebetulan 13-15 September LRT memberikan perkhidmatan percuma lantaran baerlaku 2 kali kerosakan LRT dalam masa seminggu.Baca diĀ Berita Astro Awani.

Memang tiada apa-apa perancangan nak cuba naik LRT percuma.Lepas mesyuarat pagi Khamis,kami selamba bawa anak-anak untuk merasai pengalaman naik LRT ramai-ramai.Kanak-kanak bukan selalu naik LRT kan,biasanya kita selesa naik kereta sebab lebih mudah dikawal.Semalam saya bersama Puan Sharifah Nur sama-sama bawa anak naik LRT laksana rombongan Cik Kiah.

Gaya rombongan Cik Kiah naik LRT

Selfie rombongan Cik Kiahdi Stesen Ara Damansara
Selfie rombongan Cik Kiahdi Stesen Ara Damansara

Seronok bukan main anak-anak bila saya suarakan akan naik LRT tengahari ini.Yang kecil-kecil paling teruja kerana mereka jarang naik.Lagipun bila menaiki LRT ni banyak benda automatik,jadi si kecil cepat teruja dan kata “wow!”.Masukkan token pada penghadang dah “wow” dan pintu LRT automatik buka dan tutup pun dah mengujakan Si Fateh.

Sempat bergambar
Sempat bergambar

Bermula di stesen Ara Damansara,paling dekat dengan rumah kami,kami cuma berjalan ke Putra Heights sahaja.Memang nak tengok dan cuba dengan laluan ke arah sana.Kalau ke arah Kuala Lumpur kita dah biasa dan agak sesak.Kali ini kita cuba laluan baru,mungkin satu hari berguna untuk kita.

Karenah Kanak-Kanak Menghiburkan

Bergambar kenangan depan poster
Bergambar kenangan depan poster

Tengok aksi semua.12 stesen kami ‘mengembara’.Bawa kanak-kanak ni banyak karenah.Bekal air dan roti kena cukup.Fateh pula nak berdukung saja.Syukur dalam LRT boleh duduk.Yang anak perempuan nak main tiang pula.Anak oh anak.

Ramai rupanya yang ambil kesempatan cuti sekolah ini bawa merasa jalan-jalan naik LRT.Cukup ramai.Dapat lihat di penghujung gerabak ada kanak-kanak berdiri,tak mahu duduk sebab teruja.Ada yang duduk di tingkap LRT sebab nak lihat pemandangan.Memang kelakar.

Lihat gelagat kanak-kanak dihujung gerabak
Lihat gelagat kanak-kanak dihujung gerabak

Hujung ke hujung stesen

Sampai di Putra Heights kami ke surau dan tandas.Keluar semula,ambil token dan ulang kembali.Sempat saya bersembang di surau.Ada ibu yang berjalan dari stesen Gombak.37 stesen semuanya mereka harungi.Dasyat.Kami pulang semula ke Ara Damansara.

Fateh tidur sepanjang perjalanan.Kemudian kami lunaskan tanggungjawab beri makan anak-anak dan balik rumah.Seronok bak kata Fateh.

Doa memulakan perjalanan,muka redah saja
Doa memulakan perjalanan,muka redah saja
Dah tertidur
Dah tertidur
Gelagat anak dara
Gelagat anak dara
(Visited 127 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge