Bedah Buku

Ogos-My First Activity Book (Buku ke-5)

my-first-activity-book-6

Tajuk : My First Activity Book

Publisher : Tango Book

Jenis buku : Softbook

Softbook ni memang menarik.Paling sesuai untuk anak yang bawah setahun.Sekarang saya sebagai peniaga cuba cari untuk dijual dah tak de dah.Saya beli masa 2012 untuk anak saya yang sulung.Kalau kita nak bawa dia ke restoren,klinik mahupun dalam kereta.Buku ni lah boleh isi masa dia.

my-first-activity-book-4

 

Ini dibuat aktiviti di rumah.Anak saya yang setahun lebih baru mula faham aktiviti dalam buku ni.Main pilih warna dan susun belon.

my-first-activity-book-2

Comel kan..bee tu kita boleh tarik dan terbang-terbang.Alahai..cair tengok buku ni tau.Bacakan untuk anak memang seronok.Biar dia beraktiviti di setiap page

my-first-activity-book-3

 

Waktu saya beli untuk anak sulung,umur dia masih kurang setahun rasanya.Jadi page ni memang dia belum pandai buat lagi.Bila dia dah masuk 3-4 tahun,adik dia baca buku ni…sambil-sambil saya minta si kakak cuba-cuba butangkan baju bear tu.Alhamdulillah.Sekarang dia dah pandai butang baju sendiri.

my-first-activity-book-5

Di Malaysia,harga softbook selalunya minimum RM25 (untuk yang mass produced dari China) hingga RM35 (untuk softbook siri islamik) ,tapi kita boleh guna bertahun-tahun.Dari kakak sampai ke adik.Lepas tu,kakak tu sendiri dapat kefahaman yang berbeza,maksud saya makin faham,makin faham lepas baca softbook sewaktu umur 3 tahun,berbanding dia baca masa umur setahun.

Sekadar berkongsi pengalaman sebab saya selalu baca untuk anak saya,dari kecik lagi.Ok,berbalik kepada buku tadi,page ni jugak kalau anak selak tentacle sotong tu,ada baby sotong di bawah.Comel sungguh buku ni.Ini lah antara softbook yang paling saya suka.Sayangnya lepas 2012 tu…saya dah tak jumpa dah di Malaysia.

Anda nak cari softbook?

pakej-sofbook-bayi-bijak-1

 

KLIK DI SINI

(Visited 326 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge