Aktiviti bersama anak · Homeschooling · Jalan-jalan · Lifestyle · Outdoor HS

Muzium Sultan Alam Shah-Aktiviti Homeschooling Percuma

Muzium sebenarnya banyak membuka minda.Yang paling seronok bila pergi muzium kita bunyi macam ni..”oh..” bila baca sesuatu yang kita tak pernah tau pun. Atau “Macam ni rupanya….” atau kalau mak-mak bawa anak besar sikit dia kata “Ni lah yang mak/opah guna dulu…”.

Kisah benar ok.Memang macam ni lah ekpresi-ekspresi saya dengar masa ke Muizum Sultan Alam Shah bulan lepas.Memang seronok dan puas dapat tengok macam-macam model-model lama tau.Anak saya pun nganga!Perlu  untuk saya bawa anak dan buat pembelajaran di luar macam ni sebab anak saya homeschool.Lagi bagus tanpa kos.

Muzium SAS ni ada 3 tingkat.Masuk percuma lagi.Puas hati.Bawa anak,waktu ni pandai-pandai manipulasi masa untuk kita belajar dan mengajar.Ini gambar pintu depan Muzium.

muzium-di-shah-alam-1
Ukiran tu memang dasyat

Balai sejarah

Di tingkat atas sekali mula dengan Shah Alam zaman neolitik ke apa tu…(macam dalam buku sejarah tingkatan satu -tahun 1998).Bermula dari zaman batu sehingga zaman moden.Fasa zaman dulu-dulu menarik.Ada artifak seperti alat yang digunakan untuk kerja-kerja mereka.Alat yang dijumpai di tapak tinggalan sekitar Selangor.Menarik di sini,ada model-model zaman dulu-dulu,zaman jepun dan zaman kesultanan.Tingkat ini dipanggil Balai Sejarah (dah pergi website muzium,baru tau).

muzium-di-shah-alam-9
Replika suasana zaman penjajahan British (Kredit :http://www.padat.gov.my)
muzium-di-shah-alam-8
Replika kubur zaman …saya lupa! (http://www.padat.gov.my)
muzium-di-shah-alam-7
Senjata dan alataan zaman batu pun ada di sini (http://www.padat.gov.my)

Di balai sejarah ni banyak juga model suasana zaman dulu.Anak saya yang kecik ni takut sangat tengok model.Dia berlari-lari dalam muzium,jadi memang tak sempat nak tangkap gambar dan kongsikan.Gambar di balai sejarah ni terpaksa pinjam dari website muzium >> http://www.padat.gov.my/

Balai Kebudayaan

Turun ke bawah kita ke Balai Kebudayaan.Di sini budaya Melayu paling banyak di paparkan.Dari replika rumah sampai ke baju-baju persalinan diraja.

muzium-di-shah-alam-2
Replika rumah melayu

Tak ke menarik,mengimbau suasana filem zaman P.Ramlee,dan kadang-kadang barang-barang macam ni masih ada di rumah nenek-nenek kita.Best dan mudah nak terang dan memahamkan anak sedikit sebanyak.

muzium-di-shah-alam-3
Siapa masih ingat?

Ini namanya kukoq-nyok atau bahasa standard–KUKUR KELAPA.Dari yang paling simple sampai ke kukur bangsawan lah saya rasa sebab ada ukiran bagai.Anak sapa yang tak kenal macam mana orang dulu-dulu kukur kelapa,jom tengok.Saya pernah merasa tau..kukoq nyok ni.

muzium-di-shah-alam-
Pelbagai acuan dulu-dulu
muzium-di-shah-alam-4
Dari budaya perkahwinan sampai ke bersalin dan menimang cahaya mata pun ada replika

Balai Alam Semulajadi

muzium-di-shah-alam-10
Kredit gambar : http://www.padat.gov.my/

Ok,di balai ni paling senang nak terangkan pada anak dan paling menarik setakat ni.Ia ni cerita mengenai rangka seekor buaya.Sangat menarik.Mereka jumpa bangkai buaya ini di sungai,dalam negeri Selangor.Panjang sangat.Semasa dijumpai,giginya semua sudah reput dan kuman dah memakan gusi.Dia mati kerana tak berupaya mencari makanan sendiri lagi.Menarikkan,cerita siap rangka dengan tulang buaya.Satu pengalaman baru buat anak-anak.

muzium-di-shah-alam-13
Besar kot..
muzium-di-shah-alam-14
Post moterm

muzium-di-shah-alam-15

Banyak lagi yang menarik di Balai Alam Semulajadi ni.

muzium-di-shah-alam-11
Replika pelbagai haiwan
muzium-di-shah-alam-16
Kagum jugalah anak saya tengok binatang-binatang ni

Balai Islam

Balai islam ni,rigkas sahaja.Tak begitu banyak artifak.Tapi ada beduk lama dan info-info yang berkaitan.

muzium-di-shah-alam-18
Replika masjid Shah Alam

muzium-di-shah-alam-17

Sekian dulu catatan homeschooling kami.Memang kena dedikasi membawa anak untuk aktiviti-aktiviti macam ni.Memandangkan walaupun anak saya homeschooling,tidak semestinya penuh saya beraktiviti dengan dia setiap hari.Masa weekend lah kami suami isteri tampal lubang-lubang mana yang patut.

littlemunas-com-1
Your homeschooling needs

 

(Visited 481 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge