Lifestyle

Muqaddam Bergambar Dan Surah Kegemaran Anak Saya

Assalamualaikum.Dalam isi kuliah Isfadiah di slot Assalamualaikum di TV Alhijrah,memang untuk slot  Ustazah Isfadiah,isinya mengenai didikan anak.Satu hari saya dengar antara cara atau aktiviti mendekatkan anak dengan Al-Quran,adalah tanya anak apa surah yang paling dia suka.Bila dia ada favourite surah.Rasa lebih personal dan dekat dengan Al Quran (ini salah satu cara antara banyak cara yang Ustazah ajar lah).Macam saya,sangat suka Surah Ar-Rahman.Anak saya Noura ada surah favourite sendiri dalam Al-Quran; Surah Al-Fiil.

Dia suka surah Al-Fiil
Dia suka surah Al-Fiil

Tahu tak macamana dia boleh suka Surah Al-Fiil.Saya tak tipu.Saya pun terkejut.Sebab masa saya kecil,surah yang saya suka surah yang senang hafal lah-3 Qul.Sebab kena hafal kat ustaz.Ok,ceritanya macam ni,mula-mula saya belikan muqaddam bergambar untuk anak saya.Saya beli sebab ia lain dari yang lain dan siap ada gambar.Niat saya kalau dia tak baca lagi,saya bacakan untuk dia dan tunjuk sahaja gambar-gambar.Masa tu dia 3 tahun.

Surah Al-Fiil.
Surah Al-Fiil.

Bila dah cerita-cerita gambar-gambar,dia tengok surah Al-Fiil.Kan ada gambar gajah.Saya cerita lah sikit-sikit pasal Abrahah.Pasal burung ababil,pasal mereka nak serang kaabah.Minatlah sangat dia dengar.Mungkin dia tak pernah dengar cerita pasal gajah sebelum ni.Lepas tu kami buka-buka lagi muqaddam,dia akan suruh cerita surah-surah…sebab ada gambar kan,kita ceritalah mengikut tahap dia.Tengok surah Al-fatihah.

Tunjuk-tunjuk..cerita mengenai gambar-gambar dulu
Tunjuk-tunjuk..cerita mengenai gambar-gambar dulu

Lepas dia mula suka tengok muqaddam tu (umur 3 tahun),tiap-tiap hari dia minta saya bacakan muqaddam dan cerita pasal gambar.Kemudian bila di library PPAS,kami jumpa buku-buku kisah Abrahah menyerang Mekah.Lagilah..dia minat.Dia tak pandai baca,jadi saya bacakan cerita-cerita tu.Ada beberapa buku kisah Abrahah kami pinjam di perpustakaan.Bila saya tengok dia mula mengingat surah Al-Fatihah,saya tolong dia hafaz surah Al-Fiil,sebab itu kan surah favorite dia.Alhamdulillah dia ingat.Subhanallah.

Dua-dua anak teruja baca muqaddam.Sorang nak baca,sorang nak selak
Dua-dua anak teruja baca muqaddam.Sorang nak baca,sorang nak selak

Alhamdulillah,bertitik tolak dengan surah Al-Fiil tu.Lebih senang saya ceritakan pula mengenai kisah-kisah Rasululullah,sebab bila kita sebut Mekah,dia akan kait dengan Ka’bah dan pasal peristiwa Abrahah.Sebagai orang dewasa pun tafsir kisah tu sangat memberi pengajaran dan signifikan.Sesuai sangat bila anak kecil dah ada minat.Bila dia nampak Ka’bah di TV dia boleh kaitkan.Dah jadi sesi KBKK dah…seronok.Sebab itu jugalah saya bantu dia hafal surah-surah pendek.Yes,pelat sikit dia.Tapi permulaan yang baik.

Sebab dah suka sangat surah Al-Fiil anak saya ceritakan versi panjang-panjang sedikit,kaitkan cerita Rasulullah lahir pula tahun itu..sambung dan sambung.Dia mula kenal Rasulullah.Saya rasa dan nampak macam snow ball effect,bermula dari titik yang kecil..usaha dan ilmu dia mengembang.Lepas tu setiap kali baca Al Quran,saya akan sebut ORANG YANG BACA QURAN ORANG YAAAAANG…BERJAYA-dia sambung.Tanam dari kecik.I love Quran.Tiada yang berjaya tanpanya.

Itulah kisah anak saya dan surah kegemarannya.Suka saya berkongsi dengan harapan memberi manafaat kepada orang lain.Tindakan saya amatlah kecil berbanding dengan orang lain yang hebat.Cuma,manalah tahu memberi idea kepada ibu-ibu lain.Selamat mencuba.

Muqaddam bergambar&cd juz amma
Muqaddam bergambar&cd juz amma

Muqaddam bergambar ni ada dalam 3 bahasa,Bahasa Melayu,English dan Bahasa Arab (Al-Quran)

Harga RM15

Boleh beli DI SINI

Atau Whatsap/telegram 017 223 5362

(Visited 417 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge