Parenting

Menukar Ayat Ugutan Kepada Ayat Tawaran

Ayat ugutan kepada ayat tawaran

Ayat ugutan: Mandi cepat,kalau tak…mummy tak bagi main kat luar
Ayat tawaran: Jom kita mandi sekarang.Lepas tu kita main kat luar.Nak tak?

Ayat ugutan: Pakai baju cepat,kalau tak,tak boleh tengok TV.
Ayat tawaran: Pakai baju sekarang.Tutup aurat.Nanti boleh tengok TV bila dah pakai elok-elok.

Ayat ugutan: Tak payah mandi kolam kalau tak kemas mainan.Jangan harap.
Ayat tawaran:Siapa yang nak mandi kolam petang ni?Kemaskan mainan.Nanti boleh mandi kolam bila mainan dah siap dikemas.

Bukankah anda akan tawarkan benda yang sama jika mereka buat begitu atau begini.Tukar saja intonasi dan ayat anda.Emosi anda terurus,emosi anak jadi teruja.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-2

(Visited 389 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge