Lifestyle

Congak-congak menggunakan perkhidmatan pencuci rumah separuh masa

Assalamualaikum semua. Kali ni Puan Ros rasa nak berkongsi sangat. Berkongsi mengenai bab-bab kerja rumah. Puan Ros sibuk di rumah. Sebab Puan Ros utamakan bisnes, anak dan masak. Menyapu dan kemas jauh sekali. Teruk kan? Hahahaha.Jangan gelak. Puan Ros rasa kalau dapat upah saja orang menyapu rumah Puan Ros tiap-tiap hari, alangkah bahagianya.

Jadi Puan Ros suka mencari-cari perkhidmatan mencuci rumah. Ada yang Puan Ros jumpa di Facebook saja, ada yang jumpa pada flyers di kedai dobi dan ada yang cuma jumpa berdasarkan rekomendasi rakan-rakan. Setakat ni Puan Ros dah cuba dalam 5 perkhidmatan.

mencari-cleaner-partime-2

Tidak minat menyapu dan mengemas, lebih suka memasak

Puan Ros suka masak, berbisnes, tulis blog dan beraktiviti dengan anak. Mencuci semua Puan Ros kurang minat, jadinya Puan Ros bayar orang buat. Itu pun masa ada duit, kalau kurang duit minggu tu Puan Ros kerjakan sendiri. Dengan mencuba pelbagau jenis servis dari beberapa syarikat, Puan Ros dapat bandingkan satu perkhidmatan dengan perkhidmatan lain.

Kalau anda masih takut-takut atau rasa was-was nak cuci rumah, ini Puan Ros nak berkongsi pengalaman. Sebagai surirumah mahupun suri bekerjaya, tak kisah mana pun, memang rata-rata kita perlukan pertolongan kemas rumah ya. Bukan larat sangat kita nak buat serumah tu. Dan kalau dapat buat pun ada banyak bahagian-bahagian yang boleh kita upah kat orang lain. Dan kita tak rasa terlalu penat. Contohnya, cuci kipas siling, cuci tingkap dan sliding door, cuci habuk siling dan lain-lain yang memakan masa,tapi perlu dilakukan juga.

mencari-cleaner-partime-5

Berapa anggaran nak menggunakan perkhidmatan cuci rumah

Tahun 2016 dan 2017, kadar biasa mencuci rumah sekitar rm70-100 sekali servis. Bergantung dengan jenis perkhidmatan yang kita mahu. Di sini Puan Ros ceritakan sedikit ya perbandingan antara syarikat yang Puan Ros guna. Puan Ros bandingkan 2 jenis sahaja ya. Kalau diikutkan, banyak jenis sebut harga. Ini sebut harga yang paling senanglah Puan Ros jumpa.

Syarikat A

  • Jumlah pembantu : 2 orang
  • Masa mencuci : 2 jam
  • Bayaran servis : RM70
  • Tambahan untuk alatan mencuci : RM30
  • Caj penghantaran pembantu : Tiada

Apa kelebihan 2 jam sahaja. Kalau perkhidmatan bergini amat sesuai untuk ibu bekerja. Waktu yang mereka ambil hanya 2 jam. Jikalau hujung minggu, mereka datang waktu pagi. Petang tu kita dah boleh buat urusan lain. Pembantu mereka pula seorang perempuan dan lelaki. Yang lelaki tu cekap melakukan pembersihan dengan kederatnya. Kalau di rumah Puan Ros, dia punya cuci sampai dia vakum bawah katil. Orang laki kan, kuat dia cuci sampai belakang-belakang almari. Merelit rumah Puan Ros.

Dalam sebulan, ada juga Puan Ros akan bayar untuk menggunakan alatan cuci mereka. Sebab lebih efisien dan efektif kerja mencuci. Mana taknya, bahan pencuci mereka standard industri, vakum mereka dan pencuci sawang yang tinggi-tinggu tu, manalah Puan Ros ada di rumah.

Syarikat B

  • Jumlah pembantu : 1 orang
  • Masa mencuci : 4 jam
  • Bayaran servis : RM68
  • Tambahan untuk alatan mencuci : RM20
  • Caj penghantaran pembantu : Tiada
  • Diskaun : RM60 pada hari Rabu & Khamis

Syarikat B menghantar seorang pembantu dalam 1 masa. Masa membersih adalah 4 jam. Pada sesetengah orang mereka suka cara ini. Pembantu lebih boleh membuat rutin cucian mengikut apa-apa yang dirancang oleh pengguna.

Kalau suri rumah, atau ada orang tua uzur di rumah yang diperlukan untuk membantu urus baju-baju dan kekotoran khas agak sesuai. Kerana masa pembantu di rumah agak lama. Atas keperluan masing-masing.

mencari-cleaner-partime-3

Tepuk dada, lihat keperluan mencuci masing-masing

Puan Ros nak beritahu di sini. Pembantu-pembantu yang mencuci ni memang kerjaya mereka. Jadi jauh lebih cekap dari Puan Ros. Stamina dan kerja pun laju. Kalau ada peruntukan untuk mencuci, gunalah perkhidmatan mereka, masa kita pun jimat. Sekali mereka mencuci jauh lebih efisien berkali-kali ganda. Kalau nak harap Puan Ros, seminggu pun tak jadi merelit lagi.

Puan Ros harap dapat memberi sedikit informasi dan panduan bila anda mencongak-congak nak menggunakan servis mencuci. Kalau suka dan nak Puan Ros kongsi di mana nak cari mencari servis-servis ini, silakan tinggalkan komen ya. Assalamualaikum.

(Visited 222 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Congak-congak menggunakan perkhidmatan pencuci rumah separuh masa

  1. menarik ni..walaupun suri rumah daya memang akui susah betul nak maintain rumah bersih..bebas habuk..

    maintain rumah kemas memang la lagi susah dengan anak kecik ni kan..??

    1. Betul amat Raihana. Bukan semua kita boleh buat. Kak Oleen punya kira2, sejam masa bersama anak, lagi mahal dari sejam masa upah orang cuci rumah. Jadi kak Oleen sub-con je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge