Interesting Places · Jalan-jalan

Melawat Kellie’s Castle di Batu Gajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Puan Ros dah selesai percutian pendek. Kami nak balik kampung di Pulau Pinang. Jadi kali ni kami singgah sebentar bercuti di Taiping, Perak. Ini semua sebab kami terpengaruh tengok Destinasi Bajet, di Hyppinspirasi. Hahhaha! Dari rumah kami merancang ke Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak. Berjaya juga bawak suami berjalan-jalan ya.

Sampai di Kellie’s Castle

kellies-castle-batu-gajah-1

Dari Selangor kami bertolak pukul 6pagi. Sekitar 10pagi kami dah di sini. Lain sungguh dari Kellie’s Castle yang saya lawati dulu. Masih pagi dan belum ramai orang. Di kawasan parking sekarang ada kompleks yang menempatkan, kafe,teater,tandas dan gerai menjual cenderamata.

Di kompleks ini juga ada tempat bergambar dan informasi mengenai sejarah bangunan ini. Tiket kami beli untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3. Mesti bawa mykad.

kompleks depan kellie's castle
Cantik kan? Lukisan di kompleks depan Kellie’s Castle

 

catatan sejarah kellie's castle
Sejarah Kellie’s Castle dipaparkan di kompleks dan di kawasan bangunan sendiri

Beza Kellie’s Castle dulu dan sekarang

Lepas beli tiket kami lintas sungai dan mendaki atas bukit ke Istana Kellie. Kalau yang bawa warna tua, kebanyakannya warga tua akan tunggu di wakaf saja. Mereka tak naik tengok-tengok Istana Kellie ni. Sampai di atas bukit ada 2 bangunan. Satu adalah runtuhan rumah di panggil Rumah Kellas. Rumah ini memang siap dan pernah didiami. Tapi rosak selepas perang.

melawat-kellies-castle-di-batu-gajah-3
Rumah Kellas yang elit, tapi musnah semasa perang

Bangunan lagi satu adalah Kellie’s Castle yang popular. Belum siap dan ditinggalkan. Dulu sekitar tahun 2005 saya pernah datang melawat. Tapi tidak seinformatif dan seselamat tahun 2017 ni. Bezanya dulu, hanya tinggalan bangunan semata-mata. Kalau di tepi-tepi bangunan, tidak diletakkan pagar atau penghadang supaya tidak jatuh.

Tapi tahun 2017 ada usaha pemuliharaan bangunan, ciri-ciri keselamatan untuk pengunjung dan plak-plak informasi di setiap bahagian rumah. Bagus sangat untuk dilawati dan menambah ilmu terhadap tinggalan sejarah.

melawat-kellies-castle-di-batu-gajah
Koridor berhantu. Plak informasi terdapat disetiap sudut rumah

Menarik di bangunan tinggal ini

Apa sebenarnya di sebalik sejarah Istana Kellie ini saya tak perlu nak bercerita di sini. Sebab anda semestinya dapat google dan menacari informasi sendiri kan. Saya nak beritahu, yang tempatnya menarik. Dapat kita tengok kemegahan socialis Inggeris suatu masa dahulu. Dan pelan binaannya memang cantik. Kalau bahasa kita ni, my dream home. Lengkap dengan lift.

melawat-kellies-castle-di-batu-gajah-5
Pandangan dari menara Kellie’s Castle

Dapatlah kita selami dan bayangkan sikit, kehidupan zaman itu. Ala-ala Donwton Abbey. Menarikkan. Antaranya kita dapat gambaran, bilik tetamu di tingkat paling tinggi, ada bilik dobi, ada bilik bawah tanah untuk menyimpan wine dan juga perpustakaan. Yang saya suka adalah tangga rahsia dan berpusing yang digunakan untuk melarikan diri jika berlaku kecemasan. Dan ada juga terowong dari rumah ini hingga ke kuil hindu di kawasan berdekatan

melawat-kellies-castle-di-batu-gajah-4
Tangga rahsia jenis berputar menuju ke tingkat bawah

Ok, setakat ini dahulu ya. Kami sambung perjalanan kami dan singgah di Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang.

 

Kellie’s Castle di Batu Gajah,Perak.

Waktu operasi 9pagi- 6 petang

Harga tiket dewasa RM5, Kanak-kanak RM3

(Visited 240 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge