Food Review

Mee Sidek -Mee Penang Merecik

Dah macam JJCM pulak,anyway..balik kampung cek kat penang ha..Cek pi makan lah mee mamak pelepaih rindu.Yang memang sedap dan murah kat kawasan Teluk Kumbar ni Mee Sidek.6 bulan lepas masih meniaga atas lori kecik.La ni kat kedai dah.

mee-sidek-penang-3

Nin dia..mee sotong.Harga RM5 sepinggan.Habuan pelepaih.Merecik baq ang.Suami order pasemboq kelempung.RM6 saja.Selalu makan pasemboq kan?Tak pernah cuba pasemboq kelempung.Sedap,lebut-lembut isi kelempung tu..ngai.Alhamdulillah..nala punya sedap.

mee-sidek-penang-8

Senang ja nak cari mee sidek.Hampa waze Ilyana Cafe,depa dekat-dekat.Ilyana famous dengat gulai kepala ikan dan mee udang Teluk kumbaq.Ni ha..dok mee sidek nampak Ilyana Cafe.

mee-sidek-penang-4

 

mee-sidek-penang-1

mee-sidek-penang-2

Beratoq,jangan tak beratoq.Mai lah makan di Teluk Kumbaq.Harga masih murah.Semua pun dekat-dekat.Ayu Mee Udang pun dekat-dekat sini.Tengah-tengah dok makan mamak roti lalu..bunyi ting ting ting… (nostalgia sungguh).Beli roti sekaya 1.Nostalgia sungguh.Sekaya lemak ni lah yang buat kami dok tunggu bunyi mamak roti ting ting masa malam-malam.Pi hambat dan beli roti sekaya satu.Dulu harga di lima kupang.La ni tak tau berapa.

mee-sidek-penang-6

Eh..tercakap Penang pulak.Hampa redho ja na.Wassalam

(Visited 213 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge