Lifestyle

Mandian serai wangi-macam spa di rumah

Saya tak pernah cuba mandian serai wangi sepanjang hidup.Waktu bersalin kedua-dua anak dulu saya gunakan mandian campuran herba tradisional.Yang jenis paket..ala-ala macam ni bunjut.

Kena masak air..lepas tu kena masukkan dalam baldi dan campur dengan air sejuk.Supaya tak panas sangat.Banyak kerjanya..untuk orang baru bersalin ye dak.Saya ni tak de ibu dah..meninggal.Jadi ikut-ikut je lah apa orang guna di internet.

Minggu lepas saya cuba Air Mandian Serai Wangi Ka’ab ni..wah.Alhamdulillah.

mandian-serai-wangi-1

Jujur ye,saya tak pernah ambik tau apa itu serai wangi.Bau dia macam mana jauh sekali.Bila kawan saya rekemen cuba mandi dengan air mandian ni..katanya mak dia suka sangat.Lambat tahu stok masuk di kedai…mesti minta bawak balik satu untuk mak nye mandi.

Jadi pagi tu saya pun cubalah.Versi jimat.Guna 1/3 air mandian ni,campur dengan 5 cebuk air suam.Saya buat bilasan terakhir mandian saya.

Sungguh,saya tak pernah tahu air serai wangi baunya macam bunga…Bunga yang bau lemak-lemak tu..macam bunga ros sikit.Punyalah best,segar..Patutlah kat packing tu ada tulis aroma terapi.Macam spa dah di rumah.

Air mandian serai wangi Ka’ab ni organik tau..tak gunakan baja kimia mahupun racun perosak. Memang homemade dari Pulau Pinang.Direbus dan rendam berjam-jam.

Ok,setakat ini dulu..harap anda juga rasa nak cuba kesegarannya ye.Terkejut.Yes..nak mandi lagi hari ni.Spa gitu!

mandian-serai-wangi-2

 

(Visited 329 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge