Aktiviti bersama anak · Art Activity · Homeschooling

Making bubbles [Aktiviti kanak-kanak murah dan awesome]

365 Science Activities

Setiap hari saya belek-belek buku 365 Science Activities ni.Cari idea apa nak buat dengan anak-anak saya di rumah.Buat masa sekarang pilih aktiviti dengan barang sedia ada.Kalau ada duit dan sempat rancang,baru buat activiti yang gempak sikit.Saya suka buku ni..tak dipanggil 365 science EXPERIMENTS,tapi activities.Sebab apa?Untuk anak-anak saya yang belum bersekolah ni..masih tahap bermain-main ni kita buat aktiviti dulu.Nanti bab-bab eksperimen…see you in 3-4 years later.Jadi kali ni kita masuk dapur buat resepi bubbles mix.

Our fav book
Our favorite book

 

Resepi bubbles mix

Resepi dan step-by-step activities
Resepi dan step-by-step activities

1/2 cawan pencuci pinggan

2 cawan air

1 sudu teh gula

2 sudu teh tepung ubi [saya saja tambah ikut resepi giant bubbles putrajaya]

Masukkan semua dan kacau sehingga naik buih.Sedia untuk bermain.Untuk tiup belon saya gunakan cable tie yang ada dirumah.Semua apa yang ada dirumah.

Cable tie untuk tiup belon
Cable tie untuk tiup belon

Resepi ini pada saya agak ok.Cuma tak jadi macam bubble gun yang kita beli lah.Tiup satu-satu.Surface tension dia berat.Mungkin untuk anda cuba nanti,sila tambahkan lagi setengah cawan air.Supaya surface tension dia lebih kuat.Sekali tiup lebih banyak bubble yang terhasil.Kalau kita tengok resepi giant bubble dicadangkan guna pencuci joy.Mungkin anda boleh cuba cara ini.

Baru mula.Dua-dua curious
Baru mula.Dua-dua curious

Akhir sekali,selamat beraktiviti bersama anak anda.Jom tengok aktiviti kami petang itu.

Dah keluar satu belon.Mereka mula teruja
Dah keluar satu belon.Mereka mula teruja

Video untuk tontonan anda.Jom tengok

 

 

 

Dapatkan keperluan homeschooling anda di sini

littlemunas-com-1

(Visited 1,831 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge