Lifestyle

Makanan sedap yang kami sempat cuba di Taiping

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Ros dah cerita pasal banyak pasal Taiping ni. Cerita Mee Udang Mak Jah sudah, cerita tinggal di Hotel Flemington, cerita Zoo Taiping dan kini Puan Ros nak cerita makanan lain yang popular di bandar Taiping.

Percutian kami..eh, persinggahan kami singkat saja di Taiping ni. Jadi kami sempat makan, makanan yang popular di Taiping iaitu yong tau fu.

Yong Tau Fu belakang balai bomba

Ini adalah kes Puan Ros terpengaruh dengan siri Destinasi Bajet di Hypp TV. Katanya Yong Tau Fu belakang balai bomba. Malam tu, cari punya cari, akhirnya Puan Ros jumpalah. Ramai orang di sini. Dan yang datang makan juga rata-rata macam dah rujuk di internet. Banyak gerai yong tau fu di sini. Puan Ros pilih yag ini.

yong-tau-fu-belakang-balai-bomba-taiping1

Banyak pilihannya. Panjang bukan main. Puan Ros jenis berhati-hati makan. Puan Ros akan ambil cukup-cukup supaya tak terbazir. Puan Ros paling tak suka makan tak habis. Sepinggan ni kena dalam RM8.Ok, Alhamdulillah. Rasa pun ok. Ke sebab Puan Ros dah kenyang?

yong-tau-fu-belakang-balai-bomba-taiping

Aiskrim Lejen di Medan Selera

Sebelah gerai yong tau fu ini, ada satu gerai aiskrim. Puan Ros tengok papan tanda menu dia pun saya terpana. Papan tanda menu masih menggunakan lukisan. Aiskrim tu dilukis. Bukan guna image printing atau banner macam sekarang ni. Seolah-olah kembali ke era 90an. Suami Puan Ros ni Kelatanese, jadi dia tak tahan dan order aiskrim.

Puan Ros ditugaskan order yong tau fu. Bila aiskrim sampai. Terkejut. Tengoklah sendiri dalam gambar. Unik sangat. Jarang dah nak jumpa aiskrim macam ni. Kalau di Shah Alam, mungkin dah kena caj mahal.

aiskrim-lejen-di-medan-selera-balai-bomba1

Puan Ros minat yang ala-ala banana split ni. Sebab banyak buah-buahan dan ada bendera Malaysia lagi. Mana nak cari dah sekarang.

FMS Station, Taman Tasik Taiping

Satu lagi tempat makan yang Puan Ros jumpa adalah FMS Station di kawasan Taman Tasik Taiping. Puan Ros suka sebab variasi makanan dia banyak jenis. Sedao-sedap bunyinya. FMS Station food court ini terletak depan  Stesen FMS yang berbentuk seperti lokomotif keretapi.

fms station taman tasik taiping

Lawakan? FMS Station food court di sebelahnya. Luas dan pelbagai makanan. Yang Puan Ros sempat rasa adalah, roti bakar telur goyang siap ada bake beans. Char kuey teow di sana pun nampak sedap. Apa orang makan keliling tu semua Puan Ros nampak sodap pulak. Ok, setakat ini perkongsia. Tatata!

makanan-sedap-yang-kami-cuba-di-taiping-1

 

(Visited 415 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge