Food Review · Interesting Places

4 vendor makanan sedap di Bukit Jelutong

Assalamualaikum.Weekend kembali.Yang berdekatan dengan Bukit Jelutong,saya nak berkongsi restoren yang saya suka makan  di Bukit Jelutong.Di mana? Ulam Desa  di Bukit Jelutong.

Memandu dalam 10-20 minit kami akan sampai ke Bukit Jelutong.Cari MyMydin yang besar di sana.Restoren Ulam Desa ada berdekatan MyMydin Bukit Jelutong.Apa yang menarik sangat di restoren ni?

Saya sendiri tak pernah makan makanan Restoren Ulam Desa ni.Saya cuma order air sahaja dari Ulam Desa. Selebihnya vendor di sekeliling restoren ni yang buat saya meleleh nak pergi makan.Sedap,Alhamdulillah

Wantan Mee

Wantan mee dan su kaw mee (lupa ejaaan suu kaw mee).Gerai wajib saya buat pesanan.Sebab saya adalah hantu-noodles.Mesti pesan semangkuk.

ulam-desa-bukit-jelutong-1
Wantan mee kering

Salah satu dari dua menu ni wajib saya order setiap kali ke sini.Subhanallah,memang sedap.Semangkuk RM6.Rindu nak makan lagi.

ulam-desa-bukit-jelutong-2
Suu kaw mee

Dondai Pizza

Abang cool ni buat pizza sedap.RM10 sahaja sebiji pizza.Kalau beli 5 pizza,percuma 1 pizza.

ulam-desa-bukit-jelutong-3

Sempat tangkap gambar tuan tanah je.Pizza selalunya dah kena ngap awal.Nampak tak donut gebu atas tu.Memang sedap.Kadang-kadang kami tapau untuk anak makan di rumah pulak.Selalunya tuan kedai bagi complementary donut kalau kita order pizza.Terima kasih.

Mr Chapati

ulam-desa-bukit-jelutong-4
Tangan tembam tak sabar nak makan

Alhamdulillah.Memang dalam dilema kalau makan di sini.Paling ideal,semua order lauk berbeza.Rasa sorang sikit.Ini set cheese nan dengan kima kambing kot.Ada pilihan capati,garlic nan,cheese nan dan cheese nan tarik.Set paling mahal seingat saya RM12.Harga bermula dari RM3 rasanya.Bila suami bayar,jangan tanya harga kat isteri.Memang saya tak tahu.

ulam-desa-bukit-jelutong-5
Kredit gambar : Facebook Mr Chapati

Yus Char Kuey Teow

Sedap.Boleh tengok terus kat youtube =)

Ok,setakat ini dahulu.Wassalam

(Visited 1,313 times, 1 visits today)

One thought on “4 vendor makanan sedap di Bukit Jelutong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge