Lifestyle

Kuliah Muslimat Di Masjid Bukit Jelutong

Al Wahhab [Maha Pemberi]

Mintalah pada Allah.Mintalah apa sahaja.Bukan Allah tidak tahu apa yang kita nak minta.Allah Maha Mengetahui.

Dewan solat,tempat kuliah
Dewan solat,tempat kuliah

Tanpa meminta pun Allah sudah cukupkan keperluan-keperluan kita tanpa kita sedari.Allah cukupkan makanan,kesihatan,kebolehan bergerak dan tempat tinggal.

Jika Allah memberi semua yang kita minta,mungkin ia membinasakan kita.Allah memberi sesuatu sesuai dan berkadaran dengan yg kita minta.Berkadaran pada Allah,hanya dia yg Maha

Nota kuliah : Ustaz Muhammad

Itu serba sedikit nota kuliah Ustaz Muhammad Amin.Slot Ustaz Muhammad di Masjid Bukit Jelutong adalah setiap hari Rabu 9.30-10.30 pagi setiap minggu.

Sejak bergelar WAHM saya baru tahu mengenai kuliah dhuha.Atau kuliah muslimat.Arwah ibu saya dulu join kuliah petang di kampung.Biasanya di bandar-bandar di Selangor atau KL,kuliah dhuha atau muslimat memang aktif.

Saya ceritakan spesifik sekitar Shah Alam sahaja sebab itu yg saya tahu.Masjid Bukit Jelutong mengadakan kuliah dhuha setiap hari.Bermula dari Isnin sampai Jumaat.

Menunggu ustaz datang
Menunggu ustaz datang

Setiap hari Ustaz atau Ustazah yang berbeza.Kitab yang digunakan juga berbeza.Contoh setiap hari Rabu,Pengajian Asmaul Husna dari Ustaz Muhammad Amin.Khamis 2 minggu sekali Buku Mutiara Hikmah dari Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang.Ada waktu tertentu kitab Hikam dari Ustazah Norhafizah Musa.Khamis pertama setiap bulan,ada kuliah Tafsir Surah Yusuf.Ustaz Zul Ramli dengan Hadith 40.Dengar saja pun macam ilmu yang melimpah ruah.

Kelas bermula pukul 9.30-10.30 setiap pagi.Jumlah muslimat begitu ramai sehingga dewan serbaguna yang digunakan dulu sebagai bilik kuliah penuh.Dan sekarang kuliah di adakan di ruang solat.

Kalau anda baru nak bermula hadir ke kuliah.Cuba pilih mana-mana hari yang anda suka dan pergi sahaja sertai kelas pada pukul 9.30pagi.Tiada yuran mahupun pendaftaran.Pergi dan sertailah taman-taman syurga.Info untuk kuliah boleh anda semak di Facebook Muslimat MTAJ.Consistently updated setiap Ahad untuk jadual kuliah minggu berikutnya.

Fateh mula buka Al-Quran
Fateh mula buka Al-Quran

Ibu-ibu mesti ada satu soalan macam ni kan.Boleh bawak anak ke?Alhamdulillah setakat ni tak pernah ada restriction tak boleh bawak anak kecil.Yang penting kita pelbagaikan strategi kita supaya anak tak mengganggu kuliah.Saya jarang duduk berdepan dengan ustaz.Saya duduk di belakang sekali untuk mengawal anak-anak saya.Kalau tak dapat kawal saya bawa ke ruang solat wanita.Masih boleh dengar kuliah tapi tak nampak ustaz.Last resort bawak keluar dari ruang solat.Tapi masih ada TV besar dan boleh dengar kuliah dari situ.

Buat apa di tabung masjid tu?
Buat apa di tabung masjid tu?

Tak dinafikan bukan kita dapat 100% pengajian bila bawa anak sekali.Tapi children see,children do.They learn.Anda dapat kedua-duanya.Ambil peluang ajar adab di rumah Allah.Biar perkataan MASJID tidak asing buat mereka.Masjid itu tempat yang mereka suka pergi.Tempat mereka bermain.Pada peringkat umur begini,masjid dilihat sebagai satu kawasan lapang.Dia rasa sangat bebas.Ibu bapa main peranan kawal anak ye.Bukan lepas begitu sahaja.Wallahualam

 

(Visited 434 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge