Lifestyle · Parenting

Kenangan lucu menyusukan bayi

milk-booster-sedap-9

Semestinya kita sebagai ibu menyusukan bayi terkenang-kenang saat-saat menyusukan anak-anak.Mana taknya,setiap anak ada posisi kegemaran tersendiri,ada tabiat tersendiri dan paling susah nak dilupa semestinya pelbagai ragam nak bercerai susu dengan si anak.Jom imbau-imbau kembali perihal menyusukan anak

milk-booster-sedap-8

1-Tangan sentiasa menjalar

Setiap anak ada tabiat mereka sendiri.Yang jenis tangan menjalar macam ular ni memang geli mak.Dia menjalar cari susu sebelah lagi nak digentel.Kalau dibiarkan berleluasa,tabiat menggentel susu sebelah akan berlarutan sehinggan 2 tahun.Rimas jangan cakaplah.Awas ibu-ibu baru,kalau tabiat ini baru bermula pada bayi anda,berikan alternatif.Mungkin berikan dia kain,selimut atau hujung bantal untuk digentelnya.Jika tidak…2 tahun anda memendam rasa geli nanti.

2-Tangan sebelah lagi menggaru

Ada bayi yang suka menyusu dan sebelah lagi menggaru-garu siku ibunya.Atau menggentel-gentel telinga ibunya.Kalau ibu tak kasi can,dengan siku si bapa dia garu.

3-Menyusu macam bergusti

Biasanya berlaku kepada bayi lelaki yang berumur 1 tahun ke atas.Bila mana badannya dah pejal dan kuat.Dia sudah boleh berdiri.Dia akan menyusu sambil menghentak badan ibu,atau disondolnya badan si ibu.Ganas.Dah la menyusu memerlukan kudrat,kita berlawan kudrat untuk kekal stabil bila wwf cilik ni bergusti.Allahu akbar.Tak hairan kalau ibu menyusu slim-melim ok

4-Water-cooler

Teknik ni memang berlaku kalau si anak dah pandai berjalan.Dia datang,buka dan layan diri.Kadang-kadang sambil berdiri dia menyusu.Si ibu pula yang rasa – “Amboi-amboooooii!mentang-mentang dah pandai layan diri.Mak dah macam water cooler pulak”.

milk-booster-sedap-6
Kredit gambar :http://www.mummyinprovence.com/

5-Tak nak terlepas kartun

Biasanya,kalau si bayi dalam dilema nak tengok kartun atau menyusu.Ini lah jadinya.Dia terpusing-terpisat sebab nak tengok kartun punya pasal.Bayi lelaki dan setahun ke atas sahaja mampu buat begini.Kalau bawah setahun biasanya masih sweet-sweet gitu ketika menyusu.Tertib elok dipangkuan.

milk-booster-sedap-7
Kredit gambar :http://doublethink.us.com/

6-Raba muka

Ini kisah benar.Ada yang sambil menyusu dia pegang-pegang dagu ibunya.Ada yang memang jenis masukkan jari dalam hidung ibu.Alahai anak.Kalau ada tahi lalat.Dibeleknya tahi lalat si ibu.

Anak anda jenis yang mana satu?Sudi kongsikan.

Habbatussauda dan susu kambing adalah milk booster yang sedap,senang dimakan dan berkesan.

(Visited 188 times, 1 visits today)

One thought on “Kenangan lucu menyusukan bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge