Lifestyle

Kenangan bela kucing waktu kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini p denuhi keterujaan dalam rumah kami. Genap seminggu menerima kehadiran 2 ahli baru. 2 ekor anak kucing selamat menetap di bahagian belakang dapur tempat sidai baju. Masih anak lagi. Mungkin sebulan dua rasanya.

cadar kalis air untuk pemilik kucing
Kalau dah sayang,bawak ke katil weh. Bukan kucingku. Gambar hiasan.

Saya peminat kucing sejak, erm..azali kot. Memang lemah kalau tengok kucing. Terliur. Kali ni anak pula minat. Layankan sahaja. Waktu saya kecil, memang saya sayang sangat pada kucing saya. Di rumah kami dulu, kalau ada yang mati, berganti dengan kucing baru. Sentiasa ada kucing.

Pengalaman tak dapat dilupakan bersama kucing

Saya pula, tahap tidur pun dengan kucing waktu kanak-kanak. Gebu,berbulu dan hangat. Pengganti teddy bear. Saya usap-usap waktu nak tidur. Atau malam-malam dia datang tidur di kaki. Sedap. Satu malam saya bermimpi. Saya dalam kereta kuning yang tak berbumbung. Ada seorang lelaki datang dan berikan bunga.

peminat-kucing-katanya

Ewah, romantis mimpi darjah empatku. Saya cium-cium bunga. Wangi. Saya cium berkali-kali…jadi busuk! “Eh, awat pulak ni?”. Saya masih berfikir. Busuk gila. Sampai saya terjaga dari tidur. Tengok-tengok tahi kucing di tepi muka saya. “Weh, kotoq!”

Menyumpahlah saya pada kucing saya hari tu. Saya siap kena basuh bantal ok. Serius busuk tahap boleh ingat sampai sekarang. Darjah 4.

Pelanggan cadar kalis air dari kalangan penggemar kucing

Tahu tak, rupanya kes-kes kucing ter-ter-ter terkencing dan terbuang atas tilam ada berlaku. Saya tak sangka. Saya ingat kes zaman persekolahan saya tu kes terpencil. Sampailah saya berjualan cadar kalis air ni di internet.

Rata-rata kalau kucing yang paling disayangi memang dibawa ke bilik tidur. Saya kongsikan 2 kisah dari pemilik kucing yang menhadapi masalah ini ye.

cadar kalis air untuk peminat kucing

Ini antara dilema bila kucing terkencing. Tilam berat. Kita jadi mati kutu nak bersihkan. Lapikkan saja cadar kalis air di bawah cadar biasa. Kalau si bulu terkencing, salin cadar dan cadar kalis air. Hilang satu masalah nak basuh tilam yang berat.

cadar-kalis-air-untuk-peminat-kucing-1

Anak-anak kucing pula manja. Tapi mungkin belum mahir. Bersabar banyak-banyak cik puan kita ni ye. Kalau puan-puan ada hadapi masalah bab kucing terkencing ni, janganlah malu bertanya soalan pada saya ye. Insyaallah.

Sekian dulu coretan. Banyak lagi nak menulis ni. Berdikit-dikit tapi konsisten. Bye-tata.

 

(Visited 53 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge