Aktiviti bersama anak · Homeschooling · Jalan-jalan · Outdoor HS

Kelas swimming kanak-kanak berdekatan Shah Alam

Jika anda google kelas swimming kanak-kanak di ShahAlam.Memang banyak.Tapi nun sampai di Pusat Akuatik sana.Kalau boleh saya mencari yang lebih dekat.Teringat jiran saya dulu Kak Nora dan Abang Man memang cikgu renang di sekolah swasta.Bila call balik dan Alhamdulillah.Dapat sertai kelas beliau.Syukur sekali lagi,lagi dekat dengan rumah kami.Iaitu di KRTU (Kelab Rekreasi Tentera Udara) Shah Alam.Dekat dengan Space at u8.Kenapa aku tak pernah tau kewujudan KRTU ni?Dan dia cantik,luas,dekat dan facilities dia boleh digunakan.Kenapa saya tak tau? (Emo jap)

kelas-swimming-di-shah-alam-8
Tempatnya memang cantik

Kelas bermula pukul 9-10 pagi,setiap hari Ahad.Ini untuk kanak-kanak secara berkumpulan.Yuran dia saya kira sangat mesra bajet saya.RM100/sebulan.Anak saya berumur 5 tahun.Kata teacher Nora,kalau nak request swimming class with baby,ibu kena ada sekali.1/2 jam setiap sesi.Ada juga kelas private,one to one atau dewasa.Jangan segan-segan tanya saja teacher Nora 010 518 3567.

kelas-swimming-di-shah-alam-7

Sepatutnya kelas diadakan di swimming pool besar ni.Tapi kolam tutup pula.Itu yang santai saja buat kelas di swimming pool yang macam anda lihat nanti.Ada kolam kanak-kanak dan dewasa.Yang bahagian kanak-kanak ni senang kami nak menjaga si adik umur 2 tahun sementara kakak tengah dalam kelas.

kelas-swimming-di-shah-alam-5
Ni ha..macam-macam gaya

Hari pertama,teacher Nora buat assessment dan keselamatan kolam.Anak saya memang hantu air.Setel satu masalah.Teacher memang jenis senyum and positif gila.Tak de dia nak marah-marah,garang-garang.Anak saya senyum-senyum kena puji dengan teacher.

kelas-swimming-di-shah-alam-3
Her 1st official swimming class.Ewah!

Sementara menunggu saya terhibur tengok gelagat abang kakak senior yang dah pandai berenang.Ada training kutip semula goggle di dasar kolam.Kelakarnya sebab kanak-kanak.Respect!Acik pun tak pandai nak..

kelas-swimming-di-shah-alam-2
Terhibur tengok gelagat adik-adik

Lepas kelas,sambung main pulak adik-adik ni..main bola.

kelas-swimming-di-shah-alam-1
Fateh join jugak..

Ini pula bilik mainan kanak-kanak.Sementara menunggu,mak-mak atau adik kecik boleh main dalam ni.Tengok tv.Seronok.Alhamdulillah.The first lesson went well.Ok bye.Kami balik.Lapaq bukan main.

kelas-swimming-di-shah-alam-9

 

littlemunas-com-1
Dapatkan keperluan untuk mengajar anak di rumah hanya di >> www.littlemunas.com
(Visited 1,222 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Kelas swimming kanak-kanak berdekatan Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge