Kelas Bisnes

Kelas Minisite bersama Kedai Berjaya

Dua bulan yang lepas saya menghadiri kelas minisite bersama Puan Siti Sarah Mohd Fauzi.Sebut mengenai minisite,kalau anda orang bisnes online anda mungkin ada sedikit sebanyak idea.Saya dah berbisnes online secara separuh dan sepenuh masa sejak 2012.Jadi mana-mana kelas yang dapat tambah ilmu mesti saya akan akan sertai.Saya anggap iainya sabagai ‘yuran kepandaian’.Yuran kepandaian untuk kelas-kelas seperti ini yang dapat tambah skill anda selalunya dalam RM100-200 sahaja.Ini amat murah berbanding ‘cukai-cukai kebodohan’ yang saya pernah bayar.Ada yang RM700 dan beribu-ribu.Definisi ‘cukai kebodohan’ adalah wang yang dilaburkan tanpa ilmu atau strategi.Bila terhantuk,duit sudah menjadi abu.Ini sangat biasa dalam kehidupan kita kan?

kelas-minisite-sohomum-1

 

Inilah kelas kami pada hari tu.Yang tengah Puan Sarah,saya dan Puan Niza berguru dalam kelas minisite ni.Lebih praktikal,apa yang cikgu nak ajar Insyaallah sampai dalam group kecil macam ni.Eh,bagi yang masih tertanya-tanya,minisite tu apa ye?Secara ringkasnya minisite ini adalah satu ‘page’ khas untuk tujuan-tujuan seperti menyampaikan info produk,mengumpul data base,jualan atau ‘countdown sale’ sesuatu produk.Ianya bukan website,tetapi ‘page’ khas untuk satu-satu produk.

Jom tengok contoh-contoh minisite ;

kelas-minisite-sohomum-3

Klik di sini untuk lihat minisite >> http://littlemunas.com/shop/jubah/ 

Ini yang saya dan Puan Sarah buat waktu kelas.Tak lah ‘mantop’ sangat.Tapi cukup elok untuk ‘beginner level’ macam saya.Balik rumah saya godek-godek lagi.Siaplah beberapa minisite lain.

Minisite Cara Urus Uri >> http://littlemunas.com/shop/caraurusuri/ 

kelas-minisite-sohomum-4

Minisite rempah nasi arab >> http://littlemunas.com/shop/rempaharabalbayt/ 

kelas-minisite-sohomum-5

Inilah contoh-contoh minisite saya.Lepas kelas saya suka godek-godek lagi buat minisite.Janganlah bandingkan dengan IM yang lain.Tapi ini yang saya mampu buat setakat ni.Kalau anda sertai kelas minisite dari Kedai Berjaya ni,Insyaallah anda juga mampu buat lebih dari saya.Saya yang tak pandai komputer pun boleh buat.Anda apatah lagi.

kelas-minisite-sohomum-2

Khusyuk tak?Puan Sarah ni memang komited orangnya.Saya dok menyembang dengan Kak Niza~my webmaster.Dalam kelas ni kita akan dapat plug in berbayar Instabuilder.Dalam Instabuilder ni ala-ala ‘drag and drop application’ untuk buat minisite.Kita akan hias minisite kita sendiri.Jadi tak perlu ‘coding-coding’ yang saya sendiri tak pandai buat.

Alhamdulillah.Belajar,buat dan dapat.

Hubungi Puan Sarah di Fb beliau >>https://www.facebook.com/PuanSarah

(Visited 155 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge