Parenting

Kelas Membaca di Saujana Utama

Kelas Membaca di Genius Playhouse,Saujana Utama

Anak saya yang pertama umur 4 tahun.Saya terima lamaran sahabat saya Siti Sarah Mohd Fauzi dan daftarkan anak saya di kelas membaca.Kelas membaca ini dibuat di Genius Playhouse,SU 3.Kalau anda nak tahu,Genius Playhouse ini kepunyaan Puan Sarah yang gigih sangat.Kedai beliau di tingkat bawah memang happening.Ni saya tunjuk sikit gambar ye.Nak tunjuk gambar penuh tak jumpa pulak.

Sebahagian kedai Puan Sarah
Sebahagian kedai Puan Sarah

Sebab saya hantar anak saya ialah,kelas membaca ni dibuat dalam kumpulan yang kecil.5-7 orang satu sessi.Jadi saya tengok sendiri cikgu boleh ajar satu-satu murid.Kelas diadakan 3 kali seminggu,satu jam setiap sessi.Saya amat suka kelas 1 jam sahaja.Sebab kanak-kanak tak akan cepat bosan.Macamana saya tahu?Saya selalu ‘conduct’ playgroup ye..jadi saya ada pengalaman dan tahu macam mana nak jaga kanak-kanak.

Yang baju merah tu..si adik baru setahun jagung tapi nak jugak join kelas.Hahhaha
Yang baju merah tu..si adik baru setahun jagung tapi nak jugak join kelas.Hahhaha

Yuran pula memang berbaloi,RM100 sebulan,kelas 3 kali seminggu.Target selama 3 bulan untuk menguasi bacaan.Jadi pelaburan pendidikan membaca adalah RM300 dalam masa 3 bulan.Buku bacalah anakku dibekalkan oleh Genius Playhouse.

Bismillah.Session 1 untuk diorang ni
Bismillah.Session 1 untuk diorang ni

Selain tu,saya suka sebab banyak alat bantu mengajar berbentuk educational toys dalam kelas ni.Tengoklah empunya pusat membaca ni memang pembekal edutoys.Jadi anak kami lebih faham bila di selang seli kan dengan educational toys sekali.

Menarik tak?Macam-macam mainan selari dengan aktiviti pembacaan
Menarik tak?Macam-macam mainan selari dengan aktiviti pembacaan

Video cikgu di kelas membaca mengajar

Apa-apa pun saya bersyukur dan looking forward for the next session.Didoakan anak kami bersedia belajar membaca.Untuk kebaikan anak saya juga,Insyaallah.Jom layan foto-foto semalam.

Si adik nak join jugak...pandai dah ambil buku
Si adik nak join jugak…pandai dah ambil buku
Fokus..tapi buku terbalik.hahahha.Lawak dia ni
Fokus..tapi buku terbalik.hahahha.Lawak dia ni

Ada pertanyaan mengenai kelas membaca Genius Playhouse?Boleh hubungi terus Puan Sarah 013 492 8630

(Visited 786 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Kelas Membaca di Saujana Utama

    1. Betul tu puan Hannah,setiap kali habis kelas,cikgu tanda tempat mereka berhenti hari tu dengan sticker ‘smile’.Dapat reward macam jelly ke..coklat ke

  1. Thanks for sharing the info, saya dah hantar anak saya semalam for trial class and in sya allah arini saya enrol for 3 months class. Kaedah mengajar Cikgu Kaseh interesting dan menarik minat anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge