Kelas Bisnes

Kelas Blog WordPress for Business

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Minggu ini Insyaallah semuanya baik-baik belaka.Mendekati hujung bulan,semestinya waktu sibuk bagi peniaga online seperti saya.Alas tilam kalis air perlu tersedia.Untuk ejen borong dan pelanggan-pelanggan.Sibuk tau biasanya menghampiri waktu gaji.Berpinau mata terima order.Syukur ada pembantu.

Kali ini saya nak berkongsi kelas yang saya sertai 2 minggu lepas.Memang jadi kebiasaan saya kan…berkongsi kelas-kelas yang saya hadiri dengan anda.Kelas yang saya hadiri adalah WordPress For Business,bertempat di Akademi Denai Hati,Seksyen 13,Shah Alam.

Kelas blog wordpress for bussiness
Gambar kenangan kelas blog bersama rakan-rakan.Saya berjubah hijau.

Kelas WordPress For Business selama 2 hari

Kelas dianjurkan selama 2 hari.Guru kami Tuan Eizil atau nama sebenar Hadihaizil Din.Berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang IT dan blog.Nak bercerita lebih lagi saya tak pandai IT jargon.Pendek kata berpengalaman dan berpengatuhan luas.Kelas diadakan di Akademi Denai Hati pada 6&7 Ogos lepas.

Sebelum ini saya berblog dengan ilmu cedok sana sikit,cedok sini sikit,memandai-mandai dan agak-agak jadi.Blog saya yang sedia ada,agak caca merba dari segi hala tuju.Dari segi penulisan pula,masih tercari-cari identiti daripada blogger ‘popular konon-konon’.Saya pergi dengan harapan mendapat banyak ilmu dan PRAKTIK kan ilmu-ilmu blog.Saya tahu,saya berblog selama ni tahap merapek.Hehehe!

Hari pertama kami diajar mengenai konsep blog itu sendiri.Kenapa perlu membina blog untuk bisnes,bagaimana menulis dengan betul,menggunakan gambar yang menarik dan banyak lagi.Guru saya pesan,saya akan ingat ni;

Tulis blog untuk dibaca oleh manusia,penceritaannya,bahasanya dan isinya.Bukan untuk google.

Kupasan menarik waktu kelas

Banyak sangat perkara baru yang saya pelajari.Kalau nak tulis,saya tak berapa nak ingat silibusnya.Tapi yang saya terus buat waktu kelas dan sehingga hari ini.Saya mula membuat jadual artikel,isi penting,bila waktu nak publish dan musim kita nak keluarkan artikel.Perancangan 50 entry dengan isi dan konten yang kemas dan berisi.Dalam berblog jadual entry amat bagus dalam menjaga hala tuju blog dan membina karakter blogger sendiri.

Ilmu teknikal juga sangat membantu.Banyak yang saya pelajari.Saya tak pandai nak cerita,tapi bab-bab teknikal memang kita ‘tapau’habis masa dalam kelas.Selain itu,mitos-mitos sebagai ‘blogger’ dalam fikiran saya juga terhapus.Contohnya,kena blajar buat tag,ulangan keyword dalam artikel dan banyak lagi,terhapus.

Di barisan hadapan kelas blog
Saya paling depan.Orang utara kata ‘pulun’sangat.

Kelas sambungan dan bonus

Disebabkan ada topik-topik yang masih belum selesai.Kelas tambahan diadakan pada 18 Ogos.Ini bukan rezeki saya.Anak saya demam dan saya memang kena jaga dia dirumah.Tak nak berjangkit dan hanya rehatkan dia.Nampaknya bahagian ni saya kena tanya banyak pada rakan sekelas dan pada guru.Lepas kelas kami ada support group di group Facebook.Di situ dah macam kelas online,boleh submit homework.Ini saya suka,bimbingan selepas kelas.

Bonus 3 jam konsultasi juga disertakan.Saya belum pilih tarikh.Puas belajar,tinggal nak buat sampai jadi saja.Moga-moga,Insyaallah istiqamah dan membuahkan hasil ya.Selepas selesai kelas blog hari tu,saya mulakan dengan spreadsheet plan.Lepas tu saya mula dengan menulis secara teratur dari segi susun atur,gambar dan perenggan.Pada saya ini paling asas.Nampaklah peningkatan dari segi bilangan pelawat.

Kesimpulan

Kesimpulannya,kelas wordpress for business ni paling mencapai objektif kelas blog yang selama ini saya cari.Pembelajarannya boleh dikatakan lengkap.Sangat berbaloi dengan masa dan yuran yang dilaburkan.InsyaALLAH pada 17 dan 18 September, satu lagi kelas WordPress for Business akan diadakan di Akademi Denai Hati.Jangan lupa ikuti Tuan Hadihaizil Din di facebook beliau. Sebab kebelakangan ni dia selalu kongsi ilmu di facebook live.

Kelas pada bulan september
Kelas pada masa terdekat.September ini.
(Visited 54 times, 1 visits today)

3 thoughts on “Kelas Blog WordPress for Business

  1. Terima kasih puan atas perkongsian pengalaman menyertai kelas WordPress For Business, insyaALLAH nanti kita buat sesi ulangkaji yang lain pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge