Aktiviti bersama anak · Interesting Places · Jalan-jalan

Kanak-kanak teruja di AEON Shah Alam

Sambutan Birhday Hana Hazeeqa

Dah berbulan AEON Shah Alam buka.Jem pun makin kurang.Kami baru nak pergi.Tapi kali ni kami pergi berjemaah sebab permintaan birthday girl Hana.Anak bongsu Puan Nur About Umi &Baby.Kita cerita harga dulu,maklumlah bawak anak-anak kan..

KIDZOONA ENTRY FEE

Weekday : RM10

Weekend : RM17

+Boleh main sesuka pada hari tu.All day katanya.Boleh keluar masuk,solat,shopping dan makan.

+Boleh ditemani oleh 2 orang dewasa sahaja

+Wajib pakai stokin.Kalau tak bawak stokin,kena beli RM5

Bayaran AEON Shah Alam agak mahal pada hujung minggu.RM17.Kalau cawangan AEON lain RM15 saja.Selaku ibu belanja berhemah ni,kami bawa anak-anak hari bekerja.Siap-siap bawak stokin.Dah boleh main.Weekday orang tak ramai.Puas anak kami main.Mak-mak..tercongok di situ,ambil giliran pergi jamu mata kat ladies department.Hhehe!

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-1

Kinetic sand.Ini mainan baru di sini.Waktu AEON mula-mula buka dulu,section ni tak de.

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-5

Saya akan beli aiskrim 1000 kali sebab Fateh comel yang jual kat situ.Siap pakai cap.Fateh dan kakak Hana jual aiskrim hohoho!

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-2

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-3

Lautan bola dan mainan panjat ni dalam satu kawasan.Seronoknya dunia kanak-kanak…Untung pergi weekday sebab tak ramai orang.Jadinya selamat sikit anak kita yang kecil bermain.Kalau abang-abang hero sampai,memang kita yang risaukan si kecik-kecik ni.

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-6

Ini best,Noura tungging terbalik main ni.Anak-anak suka amat hari tu.Sebab kami kasi can mereka main puas-puas.Dekat 2jam jugalah.Waktu balik kami terus naik ke rooftop parking.Tak de nye nak turun bawah menyinggah makan.Nanti bajet ke laut.

Belek-belek website Molly Fantasy saya jumpa kupon diskaun RM5 untuk entry fee.Tapi kena print e kupon ni.Puan baca t&c  tau,saya cuma kongsi sebab anak saya suka ke sana.

e-coupon_may-june

Outing with Baba

Tempat yang sama,tapi hari yang berlainan.Kali ni baba ada.Kita minta baba belanja naik tren 1 round!

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-9

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-13

Teruja naik choo choo train.Pengalaman baru bagi anak-anak saya.Pusinglah mana nak pergi. Mummy tunggu kat sini ye.

main-di-kidzoona-aeon-shah-alam-8

Dengan baba kami pergi sana waktu hujung minggu.Orang agak ramai.Padahal datang awal sungguh.Tren pun baru mula beroperasi.Sekali naik RM5.Saya tak pasti dia pusing ke mana,nanti boleh lihat informasi di sana.

Ok,setakat ini dulu.Kalau tinggal jauh dan nak melawat Shah Alam,berbaloi datang.Cuma tiket agak mahal waktu hujung minggu.Selalulah tengok website Molly Fantasy tu untuk dapatkan diskaun mana yang sempat. >> aeonfantasy.com.my

 

(Visited 1,708 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge