Interesting Places · Jalan-jalan · Parenting

Jalan-jalan Taman Tasik Shah Alam

Aktiviti outdoor mesra poket untuk kanak-kanak

taman-tasik-shah-alam-1

Kalau anda buntu nak bawak anak ke mana-mana.Maksud saya berjalan-jalan,dan tak mengeluarkan bajet yang banyak,jom ke Taman Tasik Shah Alam.Plan awal,pergi awal masa redup lagi.Boleh picknick kat taman. Ish.. seronoknya.

taman-tasik-shah-alam-4

 

 

Tengok saja pun dah tenang.Tak delah jauh sangat dari rumah.Tapi nak mencari masa datang tu yang susah.Anak-anak sampai je sini terus pergi tengok tasik.Tasik pulak jadi perhatian diorang.Pada mata saya,dah cukup tenang.Sebab ada elemen pokok dan air.Mak ayah waktu ni boleh pegang dan sentuh pokok atau daun.”Grounding” cas cas negative kita ke bumi.Terapi alam.Macam kapal terbang pulak.

taman-tasik-shah-alam-2

 

Nak bawak main ni sebenarnya.Kami memang suka playground besar-besar gedabak macam ni.Silakan main anak-anak.Silakan berlari-lari buat apa saja.

taman-tasik-shah-alam-5

 

Letih dan main playground kami main bubbles pulak.Ini memang saya suka sangat.Tapi sebab angin kuat,kami tak payah tiup pun.Menderu-deru buih keluar bila angkat je batang tu.Kalau agak-agak nak habis dah air buih tu..korang tambah air minum korang sendiri.Hehehe!

taman-tasik-shah-alam-6

Happy tak?Bagi kita mungkin biasa.Bagi kanak-kanak…mungkin dikenang-kenang bila mereka dah besar.Sewa satu batang tu sekali dengan bancuhan air buih tu RM5 untuk info anda.

Idea bisnes pagi tu

Sewa satu batang tu sekali dengan bancuhan air buih tu RM5.Tahniah adik-adik universiti kot yang berniaga tu.Ada inisiatif berniaga bubble pagi-pagi.Duit berniaga bubbles tu dah lebih dari boleh tampung tong-tong rumah sewa korang tiap-tiap bulan.Akak otak bisnes dik..akak cepat congak.Tak kurang 20 batang kayu bubbles ada kat dalam baldi.Mungkin berbelas-belas lagi orang tengah sewa.Congak kasar dengan 20 kayu bubbles.Tapi saya tengok bukan setakat 20 kayu je yang tersewa pagi tu…kurang-kurang 50 kali penggunaan batang tu.

RM5 x50 kayu bubble = RM250 minimum

Tolak kos bahan sabun RM15

Untung kasar RM235 setiap pagi.

Modal nak buat kayu tu pun dah boleh cover pada 1 sessi pagi hari pertama.ROI dah dapat masa hari kedua,Kerja 4 weekend sebulan.Lumayan kan?Modal-modal lain?Kerajinan bangun pagi bagi seorang remaja.Early bird catches the worm.

(Visited 526 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge