Interesting Places · Jalan-jalan · Lifestyle · Outdoor HS

Sepetang di Denai Alam Recreation Center

Pusing-pusing petang ke DARC.Suka sebab mesra keluarga.Rasa outdoor dan tak banyak protokol.Rest and relax.Boleh jalan-jalan ikut suka.Walaupun kita cuma pelawat dan belum register ahli.

jalan-jalan-darc-3

Petang minggu lepas kami jalan-jalan dengan makngah,makteh dan cik.Ini adik-adik saya.Semua pangkat makcik-makcik dah.Dah pergi berkali-kali tapi tak jemu.

Kami beli makanan ikan.2 pek harga dia 3 ringgit.Anak-anak saya suka sangatlah bab bagi makan.Suka sungguh dia tengok ikan melopong-lopong tunggu dia lemparkan makanan.

jalan-jalan-darc-4

Sambil-sambil makan ikan kami tengok adik-adik yang tengah buat latihan menunggabg kuda.Kudaku lari kencang,rasa hatiku girang.Lalala~.

2013 saya mendaftar untuk jadi ahli DARC.Sebab nak belajar tunggang kuda.Bila daftar ahli,baru boleh proceed dengan daftar kelas menunggang.Berkobar-kobar ku daftar ahli.2 minggu lepas daftar ahli.Saya disahkan mengandung.Apalagi…impian belajar naik kuda saya kuburkan sampai tahun ni 2015.Kalau murah rezeki,kita register lagi awal tahun 2016 ye.Untuk si kakak.

Yang seronok kali ni…kita bebas melawat ‘stable’.Tempat kuda-kuda.Kalau ada yang berani nak bagi makan kuda,boleh beli lobak semangkuk RM5 untuk bagi kuda makan.Anda berani?Saya angkat bendera putih.

jalan-jalan-darc-6

 

Masuk je stable tu…dengan saiz kuda,bandingkan dengan saiz kita.Dah saya rasa inferior.Dia bernafas ja..aish..ku tak berani.Adik saya dan si baby ni ja masuk jalan-jalan dalam stable.Dia snap gambar pun goyang2.Takut lah tu…kuda bernafas pun rasa berderau.Besar tak besar kuda tu.

jalan-jalan-darc-1

Joy ride ada setiap petang.RM10.Kalau nak bagi anak cuba boleh je.Terima kasih DARC sebab terima pengunjung dengan tangan yang terbuka

jalan-jalan-darc-7

jalan-jalan-darc-8

 

(Visited 556 times, 1 visits today)

One thought on “Sepetang di Denai Alam Recreation Center

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge