Parenting

Islamic Homeschooling Materials

Assalamualaikum.Pagi penuh produktif.Baru-baru ni kami terperuk di rumah saja di sebabkan kereta rosak.Baaanyak hikmah,sepanjang minggu saya dapat beraktiviti bersama anak.100% kali ni.Selalunya separuh homeschool,separuh lagi mereka ikut saya meeting,bisnes dan ke kuliah.

Aktiviti petang selepas makan dan kerja-kerja lain,dalam pukul 2.30-3.30 petang kami mula dengan aktiviti homeschool.Apa objektif saya?AKHLAK.Itu saja yang saya nak fokus sungguh-sungguh kali ni untuk anak 4 tahun dan 2 tahun saya.Pelajaran akhlak juga boleh bersambung di luar kelas,caranya>saya kena tunjuk akhlak yang baik untuk mereka.

Di website ni saya jumpa material untuk islamic home schooling>> www.islamicschoolresources.com .Kalau anda klik je,inilah dia punya website.

islamic-homeschooling-materials-1

 

Alhamdulillah,semuanya berkaitan akhlak.Ada lesson plan dan worksheet.Mana yang mampu,saya ikut.Nak tengok contoh lesson plan dia?Macam kat bawah ni.Saya print dan masukkan dalam file.Sehari satu worksheet.

islamic-homeschooling-materials-3

 

Bila semua dah sedia saya tengok.Maksudnya dan makan minum,mood pun dah ok.Saya ajak mereka main cikgu-cikgu.Macam biasa saya akan beritahu dulu apa yang nak dibuat hari ni.Lepas tu saya ikut je lesson plan di atas,mana yang mampu.

islamic-homeschooling-materials-6

Worksheet dia macam aktiviti mewarna.Saya terangkan,gambar makan ni..kita kena baca Bismillah sebelum makan.Terangkan saja,yang 4 tahun mampu respon,jawab dan boleh berfikir dan bercerita dengan kita.Yang setahun tu akan,sedut ja.Walaupun nampak macam dia dengar tak dengar,hakikatnya..kanak-kanak setahun adalah sponge-bob!Serap semua.Install dalam software.

islamic-homeschooling-materials-5

 

Kakak akan mewarna dan adik kerjanya hanyalah scribble,scribble,scribble habis sampai lantai.Tak per,scribble ini adalah ekspresi diri kanak-kanak.Lepas tu saya masukkan dalam file hasil kerja diorang hari tu.Bila baba balik,diorang akan tunjuk kat bapak.Bapak akan puji,self esteem mereka akan meningkat untuk buat lagi aktiviti hari tu.

islamic-homeschooling-materials-4

Yang ni yang nak di masukkan dalam jurnal.Kalau Puan Ashikin Hashim, Penulis buku Ibu Bijak Anak i bersemanganBahagia,memang beliau ada 1 buku kulit tebal dan tampal lukisan anak-anak beliau.

Esoknya diorang ni lagi bersemangat buat worksheet.Kenapa saya kata bersemangat?Sebab si adik sampai naik atas meja kopi buat worksheet.Hahahha!

islamic-homeschooling-materials-2

(Visited 482 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge