Interesting Places

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Cuti raya lepas.Bawak suami makan di negeriku~Penang.5 tahun kahwin pun dia belum merasa saya bawa dia jalan-jalan makan nasi kandaq beratoq dan jalan-jalan Goergetown.Jem weh..habaq mai kat hang.Sapa nak pi layan jem sampai sana.Saya allergic lah dengan jem ni.Raya lepas kan cuti panjang.Ramai kot datang bercuti kat Penang.

Kali ni kita bawak makan dekat-dekat ja.

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

ikan-bakar-teluk-tempoyak-5
Kredit gambar : jalanja.blogspot.com

http://www.visitpenang.gov.my/

Teluk Tempoyak ni memang popular dengan ikan bakar sejak saya kecik lagi.Ikan bakar Adnan Bin Hassan ni kiranya dah lama ada dari dulu.Yang bagusnya gerai ikan bakar ni dekat jeti orang bawak naik ikan dan hasil laut.Jadi bab ikan dan segala isinya tu memang fresh.Tak lah macam di restoren tomyam biasa.Tapi kali ni kami tak makan ikan bakar.Kami order benda lain.Saja nak try.

Nin dia..kepah
Nin dia..kepah

Nak try punya pasai (versi bajet lepaih raya) kami orda kepah.Bab makanan laut yang best depa dah boh kepah ka,siput ka,udang ka hat tak masak lagi siap-siap dalam pinggan dengan harga sekali.Harga bila dah di masak.Jadi kita pi kat kaunter tu kita bagitau lah nak kepah ni..hat sepinggan RM10 ni.Depa pi la masak.Kami orda masak cabai.

Mai-mai siap masak.Sekali dengan nasi putih..punya sedap baq hang.Sedap kepah tu fresh.Jadi ayaq kuah cabai tu jadi sedap lagu mana tak tau.Cuba hampa tengok.Walaupun kamera handphone ja saya pakai.Tapi nampak sedap.

Sotong celup tepung
Sotong celup tepung.

Lepas tu order sotong celup tepung RM10.Makan 4 beranakCampur-campur semua dalam RM30 saja.Alhamdulillah.Dari segi harga agak ok.Murah kalau nak banding di KL.Makan pun puas hati.Sebenarnya ada 2 medan ikan bakar di Teluk Tempoyak ni.Satu lagi nama dia D’seafood Paradise.Nampak menarik.Nanti kena cuba pulak.

Gambar kredit : saji.my
Gambar kredit : saji.my

Pagi esoknya sebelum bertolak ke Selangor,kami bersarapan di warung Abang Kamal di Teluk Kumbar.Warung luas,besar dan ramai orang pelbagai bangsa.Jom tengok apa yang special~

x
Warung Abang Kamal

Pelbagai jenis roti canai.Sedap-sedap.Murah.Ada lah sarapan biasa citarasa Malaysia.Tapi yang best nasi lemak dia saya suka.Nasi lemak utara saya suka sebab kita makan dengan gulai atau kari.Macam nasi lemak gulai udang,nasi lemak gulai talang.Kat KL orang makan nasi lemak dengan sambal saja atau rendang.Kami di penang makan dengan gulai.Jangan tak percaya,nasi lemak dia 8kupang saja…morah!

x
8 kupang saja..tak sampai seringgit

Ok,setakat ini dulu.Jumpa lagi no…

(Visited 1,430 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge