Lifestyle

Humanity Concert di IIUM menyentuh hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Minggu ni dah masuk pertengahan bulan November ya. Diam tak diam cuti sekolah dah mula dekat. Adik saya yang bongsu dah pun menduduki SPM tahun ni. Kanak-kanak yang dah habis periksa, wah pergi sekolah tanpa komitemen lah kot ye. Sebelum saya mula menulis saya kreditkan semua gambar cantik-cantik pada konsert itu kepada Facebook IIUM Convest Fiesta .

Beruntung adik saya antara AJK konsert di universiti beliau. Maka lalu lalang lah iklan Humanity Night 2016 ni di wall saya. Sekali sekala rasa nak pergi juga konsert begini. Langsung tak terlintas di fikiran saya ini charity event. Sebab dalam kepala nak tengok artis dan pergi konsert. Saya ajak Puan Nur dan adik Eiffa yang pernah saya ceritakan dulu mengenai penyakit beliau. Masih lagi dalam rawatan susu sahaja. Jadi mudah-mudahan Adik Eiffa dapatlah merasa kelegaan atau dapat kami hilangkan sebentar dari fikirannya akan rawatan yang sedang dijalani.

menonton-konsert-humanity-night

Niat nak berhibur, akhirnya kena sekolah

Kami pergi macam tu sahaja sampai lupa pada perkataan charity tu. Rupanya saya rasa 3 kali saya menangis dalam konsert ini. Memang menyentuh hati dan rasa empati dalam diri saya. Saya keluar konsert dengan rasa kerdil dan insaf. Deklamasi puisi dari Fynn Jamal, kisah menyentuh hati yang disampaikan oleh Cikgu Rahayu dan akhir sekali persembahan dari Pengarah Islamic Relief Malaysia membuat sebak hati saya.

konsert-untuk-anak-chow-kit

Saya rasakan ini satu rezeki bagi saya. Rezeki keinsafan dan rasa peduli yang diberi tanpa diduga. Konsert dimulakan dengan persembahan teater dan ada ucapan-ucapan dari ketua unit dan pengarah. Saya tak tahu ini acara rasmi. Maklumlah, pergi hantam keromo. Kemudian Fynn Jamal mendeklamasikan puisi beliau.

Puisi beliau dimulakan dengangan sepotong hadis. Dalam persembahan Fynn sendiri sebak, tulus datang dari hati. Yang saya dibawah dan menusuk jiwa. Paling saya suka dan akan ingat potongan puisi ini lebih kurang begini bunyinya :

” Enough of asking excessive me time, you will have plenty of those in your kubur”

deklamasi-puisi-dari-fynn-jamal

Me time, kedengaran seronok sangat. Ibu nak me time, minum kopi tengok wayang dan spa bagai. Cukup-cukup minta berlebihan, nanti di kubur semuanya itu me time kita. Sesungguhnya nilai me time kita itu mungkin ada hak untuk kita membantu orang lain atau berkebajikan. Sentap weh malam tu, terus masuk dalam diari. Nak dengar puisi beliau boleh klik di sini >> live di About Umi&Baby

Perkongsian Cikgu Rahayu, Syed Azmi dan Pengarah Islamic Relief Malaysia

Terpana dengan persembahan Fynn Jamal, saya sampai lupa acara ini tujuannya untuk mengumpul dana untuk anak-anak chow kit. Sampai lupa sebenarnya saya bayar untuk apa, teruk saya waktu tu. Fikiran saya kurang fokus minggu lepas sebab anak saya demam campak. Perkongsian dari Cikgu Rahayu juga sangat membuat saya sedar. Oh, di KL ini ada kanak-kanak yang kurang berkemampuan atau less privileged yang berjuang untuk pendidikan dan terbiar di jalanan. Mendidik anak sendiri buat kita hilang fokus ramai lagi yang tidak begitu benasib baik seperti anak kita.

perkongsian-dari-cikgu-rahayu

Cikgu Rahayu antara pengasas Projek Buku Jalanan Chow Kit. Dibawanya anak-anak Chow Kit beliau bersama. Rasa nak tumpah air mata, anak-anak kita, kita jaga elok-elok. Ada juga yang masih terbiar bukan kehendak mereka. Mereka berazam nak ubah kitaran dan keluar dari kehidupan sebegitu. Insyaallah. Persembahan dari anak-anak chow kit juga menarik.

pengarah-islamic-relief-malaysia-di-humanity-night

Deklamasi dari Pengarah Islamic Relief Malaysia. Dengan #awakkatmana? Sungguh sentap. Awak kat mana? Ketika anak-anak di Africa masih kebuluran. Awak kat mana? Apa awak buat bila rakyat Syria mati dek kerana bot mereka karam dipukul ombak ketika cuba keluar dari kemelut perang. Kami juga menonton video mengenai seorang ayah yang mempunyai 7 anak, menaiki bot yang penuh sesak untuk menjadi pelarian. Bot terbalik dan beliau kehilangan isteri dan 7 anaknya. Beberapa hari kemudian, bila arus menghanyutkan mayat-mayat ke pantai. Satu-satu anak dan isterinya dicam mayat msing-masing dan di hantar pulang ke Syria. Berair hidung saya menangis tengok video tu.

Persembahan-persembahan yang lain

Wah, panjangnya kalau nak bercerita. Saya kongsikan gambar-gambar ya dan sedikit info di bawah;

encik-mimpi-di-humanity-night

Encik Mimpi ini pelajar jurusan Engineering Architecture dari Jepun rupanya. Malam itu Encik Mimpi cerita kenapa beliau bertopeng. Memang kelakar.

persembahan-dari-caliph-buskers

Caliph Buskers dengan persembahan…erm, lagu apa ya. Dah tua ni memang tak ikuti sangat lagu yang popular. Sampai Caliph Busker nak nyanyi lagu Sejati pun saya ingat lagu Sejati zaman Wings. Mak-mak sangat kan?

mark-adam-di-humanity-night

Mark Adam buat persembahan paling akhir.

semoga-eiffa-cepat-sembuh

Eiffa paling terhibur malam tu. Dia minta umi dia buat facebook live persembahan sebab nak tunjuk kat adik-adik di rumah. Tiket Eiffa ditaja oleh adik saya Nurdiyana dari UIA. Kesimpulannya, seronok, memang touching dan penuh pengisian konsert malam tu.

Projek Buku Jalanan Chow Kit

Facebook : Buku Jalanan Chow Kit

Instagram : Buku Jalanan Chow Kit

projek-buku-jalanan-chow-kit

 

(Visited 45 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge