Lifestyle · Produk

Hujung tahun umpama pesta balik kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Berjaya harungi cabaran hidup lagi dalam beberapa minggu ini.Masih menunggu laptop baru untuk sampai di rumah, sebab laptop yang saya gunakan sekarang dah nyawa-nyawa ikan. Sampai update blog pun saya terpaksa berkampung di pusat permainan game dengan remaja-remaji. Kita ni akak-akak sangat dah, cuma update blog je adik-adik.

Hari ni saya akan buat contest untuk cadar kalis air. Hari Jumaat saya nak peruntukkan satu contest atau goodies lepas ni. Harap dapat bagi rakan-rakan pembaca rasa gembira lah bila sertai contest dan dapat hadiah kan?

Hujung tahun musim bermusafir

Sekarang dah masuk hujung tahun. Antara waktu-waktu sibuk buat semua orang. Musim kenduri tiba, musim bertunang, merisik, bercuti, aqiqah, kenduri kesyukuran, dan pelbagai aktiviti lagi. Semua ini memerlukan persediaan untuk kita bermusafir. Tidur rumah ibu bapa, balik kampung, tidur homestay, tidur hotel dan segala macam cara dan gaya. Kalau balik kampung tu, adatlah menumpang rumah mertua atau ibu bapa, tidurnya di atas tilam tambahan atau di atas toto kan?

Bagi yang membawa anak-anak kecil atau anak besar sekalipun, kalau anak dah letih main dengan sepupu memang tidur tu terlajak lena. Sampaikan terbabas atas toto, atas tilam bagai. Nak basuh, alahai renyah. Nak jemur toto dan tilam, lagi leceh sebab rumah orang lain.Kalau dah basah tilam homestay, kadang-kadang check out je lah. Nanti pandai-pandailah mereka uruskan. Ye dak? Tak sempat nak buat apa-apa.

balik-kampung-dengan-cadar-kalis-air

Lepas ni jangan lupa tau bawa sehelai cadar kalis air dalam kereta ok. Mudah nak urus bila anak kita tak sengaja terkencing atas tilam atau toto masa kita balik kampung nanti.

Boleh ke pakai cadar kalis air ni atas toto?

Selalu saya dapat pertanyaan ni bila pelanggan nak beli untuk mereka yang mungkin tidur atas tilam di lantai. Atau kadang-kadang bawa balik kampung kena tidur atas toto. Jawapannya : BOLEH. Untuk yang menggunakan tilam, cuma sarungkan pada tilam dan selit getahnya di setiap penjuru. Terus boleh guna di kampung atau rumah sedara.

cadar-kalis-air-untuk-balik-kampung

Kalau yang menggunakan toto pula, boleh dihamparkan saja atas toto. Tak dapat diselitkan sebab toto nipis. Objektif utama nak lindungi tilam, tercapai. Tak perlu nak jemur toto bila dah basah kencing. Cuma basuh cadar kalis air ni sahaja.

cadar-kalis-air-dipakai-pada-toto

Cara basuh cadar kalis air 

Terkena kencing sudah, sekarang nak suruh suami basuh macam mana? Eh, suami ye kena basuh? mestilah, sibuk di kampung. Banyak urusan yang orang perempuan kena buat. Jadi bab-bab membasuh kita berikan pada suami. Bagi saja arahan cara basuh, Insyaallah dia boleh buat.

Seeloknya gunakan cucian tangan untuk menjaga material TPU (kalis air) di belakang alas tilam ini.Cara-cara membasuh bila alas tilam basah dek kencing

  1. Rendam sebentar dengan sedikit sabun
  2. Bilas dan perah
  3. Sidai di ampaian seperti biasa.

Disebabkan alas tilam ini tidak berat dan kalis air.Ianya cepat kering.Sidai waktu pagi,sudah boleh diangkat pada waktu tengahari.

Tidak digalakkan.Kalau nak juga guna mesin,basuh bersama selimut atau kain-kain lain.Tujuannya supaya pelapik tilam ni tidak di spin dengan keras sampai rosak material waterproof nya

Contest Cadar kalis Air

Ok, saya harap sangat perkongsian saya ni bermanafaat untuk pembaca-pembaca semua untuk buat tindakan. Bukan apa, kadang-kadang kita tak terfikir pasal situasi bi.Tapi bila dah musim balik kampung sangat ramai akan telefon saya nak beli dan urgent katanya. Nak menang hadiah? Kenalah sertai contest ini. Caranya senang saja;

  1. Kongsi artikel ini di facebook anda. Tag suami atau rakan-rakan.
  2. Ceritakan dengan ayat paling menarik kenapa anda perlukan cadar kalis air ini untuk balik kampung musim cuti ini.
  3. 2 pemenang bertuah dengan masalah paling menarik akan menerima cadar kalis air bersaiz queen (corak random).
  4. Contest ini bermula dari 28 Oktober – 3 November 2016. Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri dan diumumkan pada 4 November (Jumaat).

cadar-kalis-air-untuk-balik-kampung-1

Maklumat lanjut mengenai cadar kalis air boleh hubungi saya sendiri, Puan Ros 017 223 5362

Facebook : Little Muna’s

Instagram : littlemunas

Senarai pengedar di seluruh Malaysia dan corak lain >> DI SINI

(Visited 138 times, 1 visits today)

6 thoughts on “Hujung tahun umpama pesta balik kampung

  1. Saya perlukan cadar kalis air ini kerana saya constantly on travel setiap bulan. Jadi apabila saya di rumah orang lain terutamanya rumah mertua, tak adalah saya kena bebel atau mak mertua tarik muka kalau anak saya terbabas di tilamnya.

    Hahaha. Berdasarkan kisah benar. Rumah mak mertua tak ada kawasan nak jemur tilam. Tu yang dia marah kalau cucunya terbabas.

    ?????.

  2. Harap2 boleh menang la cadar ni..tgh2 malam kalau aira tak sempat nak gi toilet, tak basah la tilam sbb ada cadar waterproof ni..maklum la kan kat kampung malam2 sejuk, nak turun gi toilet banyak tangga, tergagau2 nak buka torchlight sbb gelap ????

    Harap2 menang utk keamanan keluarga di tgh malam di kampung yg aman dan sejuk di waktu malam ???Roslina Sobrina Sobri

    #sukabacabloglittlemunas

  3. Dulu kehidupan saya sentiasa dibasahi air tuuttt…sekarang tiada masalah lagi dgn cadar ini….isteri saya pun dah x stress…kalo tak, nak kena basuh cadar je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge