Aktiviti bersama anak · Homeschooling

Debaran homeschooling 2016

Assalamualaikum,wah.Tengok tajuk kali ni lain macam sikit.Sememangnya saya amat berdebar.Sebab anak saya 100% homeschooling tahun depan.Umurnya 5 tahun.Saya tak mendaftarkan dia ke mana-mana tadika langsung tahun depan.

Saya dah lama berbincang dengan suami untuk homeshooling anak saya ketika dia berumur 5 tahun.Tapi proposal saya,anak saya tidaklah terbiar begitu sahaja di rumah.Ada aktiviti yang saya sudah rancang untuk dia dalam seminggu.Perancangan dibawah bukanlah sebagai rujukan,malah saya berkongsi atas pendapat saya sendiri.Atas kebebasan saya sendiri merancang untuk anak.

Target aktiviti homeschool mingguan

2 x sesi horse riding

1 x swimming lesson

1 x outdoor activity -mesti saya habiskan masa untuk beri tumpuan penuh dia bermain.Selalunya dia bermain dan saya berkebun.Wajib 1 outdoor activity yang saya atau ayahnya involve.Contoh dalam perancangan saya ; roller blade,sekolah alam-ke taman,sungai,park,perpustakaan atau visit.

aktiviti-luar-homeschooling
Aktiviti fizikal

1 x science/cooking/drawing/creative/art activity

aktiviti-luar-homeschooling-2
Main roller blade.Ini target anak saya sendiri.

Cukup dah 5 hari bekerja ni kalau tengokkan target saya di atas kan?Ini yang berdebar sangat.Saya ni menguruskan www.littlemunas.com .Mudahkanlah Ya Rabb

Target aktiviti homeschool harian

1 x sesi bacaan al quran

1 x sesi baca buku

ajar-anak-al-quran-1
Wajib buat lepas maghrib
ajar-anak-membaca-1
Ulangkaji membaca suku kata

Bagaimana nak capai target

Saya kena buat satu jadual dan tampal sticker achievement untuk setiap target supaya anak saya dapat nampak.Ini lah sedikit sebanyak perancangan menghadapi tahun 2016.Nanti bila dah siap sticker saya kongsi bersama,Insyaallah.

littlemunas-com-1
Dapatkan keperluan homeschooling anda di www.littlemunas.com
(Visited 1,075 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Debaran homeschooling 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge