Resepi

Homemade stok ayam [Tanpa MSG]

Dalam entry kali ni saya akan tunjukkan cara-cara membuat stok ayam versi saya.Dan saya kongsikan juga cara penyimpanan stok ayam.Lepas tu kita belajar pula satu resepi kanak-kanak lebihan dari bahan-bahan yang kita buat stok tadi.Kiranya macam stok ayam ‘by products’ lah.

Rezeki beli ayam ‘weekdays’, almaklumlah tak ramai orang.Jadi banyak rangka ayam,leher dan kaki lebihan dijual dengan murah.Saya beli sekilo lebih barang-barang tu dengan harga RM5.50.Murah.Syukur..

Cara Buat Stok Ayam

Bahan-Bahan

1 kilo rangka ayam [boleh juga guna kaki ayam atau leher ayam]
2 biji bawang besar di belah empat
5 ulas bawang putih
1 bunjut rempah sup
2 batang lobak merah di potong besar-besar
2 biji ubi kentang dipotong 4
Air yang banyak
sedikit lada sulah
***boleh juga masukkan seleri.Jika anda lihat resepi westerners,memang mereka selalu gunakan seleri

Cara memasak

1. Masukkan semua bahan di atas di dalam periuk dan renehkan selama 2 jam pada api perlahan atau sehingga isi ayam mula empuk dan lerai dari rangka.Ada tips menyatakan masak sehingga air berkurang menjadi 1/3 dari yang kita masukkan tadi
2.Apabila sudah masak,masukkan lada sulah
3.Tapis semua bahan-bahan dan air yang tinggal itu lah dinamakan stok ayam
Rebus semua sehingga lembut
Rebus semua sehingga lembut

Cara penyimpanan Stok Ayam

Freezer

Stok ayam boleh disimpan seperti kiub ais dan dimasukkan dalam bekas membuat kiub ais.Ini amat memudahkan kita bila kita ingin menggunakan stok dalam kuantiti kecil dan kerap.Contoh digunakan dalam resepi-resepi bayi.Stok ayam ini boleh disimpan sehingga 3bulan.Contoh stok ayam dalam cube

stock ayam in cube
Credit pic ; http://threeblondesandatomas.wordpress.com

Chiller

Boleh juga disimpan di bahagian peti ais bawah tetapi stok ayam tahan selama 2-3 hari sahaja.Ini contoh penyimpanan yang saya buat

Apa yang boleh dibuat dengan lebihan rebusan tadi?

Ayam

Isi ayam yang empuk lembut tadi boleh diceraikan-ceraikan.Gunanakan sebagai rencah untuk nasi goreng.Isi tadi juga boleh di kisar bersama bubur untuk makanan bayi.Anda boleh cerai-ceraikan dan campur dengan mayonis dan sedikit lada putih.Campuran ini sesuai dijadikan inti sandwich anda-sandwich ayam.Boleh juga dijadikan topping pizza-pizza ayam.Jadi kreatif,masukkan dalam roti pita atau wrap.Pasti sedap!

Lobak dan kentang

Kisar kentang sahaja dan anda boleh gunakan untuk resepi kentang putar.Saya kisar kentang,lobak dan sedikit ayam tadi untuk jadikan puree yang sedap untuk bayi saya

Cara penyimpanan stok ayam saya
Cara penyimpanan stok ayam saya

 

(Visited 348 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge