Interesting Places

Gulai kambing batang pisang

image

Pilihan lauk yang sederhana.Tapi menarik
Pilihan lauk yang sederhana.Tapi menarik

Assalamualaikum.Hari ni Ahad.Ala-ala JJCM pulak pukul 12tengahari.Kami singgah di restoran SIK (Nama tempat di Kedah).Tengok ada bunting~gulai kambing batang pisang.Gulai batang pisang ni memang gulai yang popular di Kedah.Orang kampung dulu-dulu memang bergotong royong masak gulai ni untuk lauk kenduri-kendara.

SIK,satu daerah di Kedah
SIK,satu daerah di Kedah

Lauk dia meriah jugak.Mostly lauk-lauk utara yang kena dengan selera sayalah.Jadi kami pilih makan gulai kambing batang pisang dengan ulam-ulam.Sambal belacan dengan tempoyak.Oh…terangkat!Order 3 air.Semua sekali rm15.Kategori selamat poket lagi.Hehehhe.

Sedap dan rare
Sedap dan rare

Ulasan Encik Suami~tak menyesal berenti makan sini.Saya?Sedap gulai kambing batang pisang dia.Memang boleh datang lagi.Lokasi kedai di jalan lama Lapangan Terbang Subang.Satu row dengan kedai mamak Arafah.Kalau orang luar Kampung Subang,kat jalan ni lah orang-orang luar boleh tengok kapal terbang take off dan landing.

Belanja satu gambar gulai no..Yang bekerja dekat-dekat area ni mungkin dah tahu kedai ni.Saya je baru menyinggah.Ok.Selamat Hari Pekerja

(Visited 390 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Gulai kambing batang pisang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge