Interesting Places · Jalan-jalan

10 Tips ke Felda Hot Spring di Sungkai dengan anak kecil

Cuti back-to-back bermula hujung Januari sampai pertengahan Februari.Nak cerita panjang-panjang tak payah.Banyak info mengenai Felda Hotspring ni dah di internet.Saya nak bagi tips secara point form sahaja bagi mereka yang bawa anak.Ini tips ya,buka rujukan.

1- Paling ideal pergi awal pagi bagi yang ada anak kecil dalam lingkungan 1-5 tahun.Sebab kawasan ini kurang pengunjung bila awal pagi.Tak panas.Sesuai dengan infant dan toddler.Kalau petang-petang,golongan moto,remaja-remaja dan dewasa dah mula sampai.Bersempit-sempit dengan anak-anak kita nanti pula.

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-6
Mercu tanda anda dah sampai ke sini

2- Kalau search GPS/wave/google maps sila search untuk TAMAN REKRIASI AIR PANAS (TRAP) SUNGAI KLAH.Supaya GPS terus je tunjuk tempat perkelahan tu.Jadi masa tak terbazir confuse dengan Felda Residence Sungkai,Felda Residence Hot Spring,banyak Felda property di sana.

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-9

3- Tidak dibenarkan bawa makanan di dalam.Ada yang siap-siap makan di parking atau restoren sebelum tiba di dalam kawasan Felda Hotspring tu.Memang banyak gerai untuk yang nak mengisi perut dulu.Kalau beranak kecil,bawalah sandwich dan air mineral banyak-banyak.

4- Bawa tikar.Untuk hampar dan letak harta benda.Sebab kerusi tak cukup.Kalau beli di dalam harga tikar melawat kubur tu sampai RM22.Jadi bawa siap-siap.Senang korang nak letak harta benda dan barang-barang.

5- Harga tiket Felda Hostspring Sungai Klah pada 2016 adalah seperti berikut;

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-1

6- Bawa kelengkapan mandi yang selesa seperti swimming suit,goggle dan pelampung.Peraturan masuk ke kolam tak begitu ketat dari segi pakaian.Kalau bawa siap-siap selamat juga duit.Di sana tersedia barang-barang tu,tapi mahal.

7- Bawak plastik kita sendiri,untuk isi baju basah,sampah dan sebagainya.Jangan terlupa.

8- Oh ya,sesuai juga untuk bawa warga tua.Mereka mungkin suka rendam-rendam kaki di hot pool.Ada pelbagai suhu dari 35-45 darjah celcius untuk rendam-rendam.Tapi kolamnya sedikit berkeladak.Berbanding kolam air panas di Lenggong,Kedah atau Poring,Sabah.

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-8
Santai sungguh

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-7

9- Kalau nak merasa masak telur menggunakan kolam air panas ini.Boleh juga dicuba.Harga RM6 ringgit untuk 5biji telur.Siap kicap dan lada sulah.Mangkuk dan sudu.

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-4

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-5

harga-tiket-felda-hotspring-sungai-klah-3
Pakcik ni dengan senang hati dia terangkan kat semua orang.Bagus

10- Sebelum keluar rumah,niat bermusafir kerana Allah.Baca doa naik kenderaan dan tawakal.

Risau anak basahkan tilam homestay sewaktu bercuti?

Klik gambar di bawah untuk tahu mengenai alas tilam waterproof

alas-tilam-waterproof-bercorak-4

(Visited 8,652 times, 2 visits today)

6 thoughts on “10 Tips ke Felda Hot Spring di Sungkai dengan anak kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge