Parenting

Dominion.The Throne of Sulayman

7 Jun lepas.Cerita yang dah sebulan berlaku,tapi suka sangat saya nak kongsikan pengalaman saya.Lebih kurang seminggu sebelum tu saya nampak di Instagram Mizz Nina mengenai kuliah bertajuk,Dominion;The Throne of Sulayman.Subhanallah,kisah Nabi Sulaiman.Selama ni baca saja di buku dan tafsir tapi belum pernah dengar dengan mendalam.Saya pun cari-cari info di internet dan jumpa dia punya promo video mengenai kuliah Dominion ni yang dianjurkan oleh Al-Maghrib Institute.Kalau anda pernah dengar Ilm Fest,ini lah penganjur dia.Jom kita tengok video ni,terus saya sangat-sangat nak dengar kuliah The Throne of Sulayman.

Tak ke rasa meronta-ronta hati nak dengar Kisah Nabi Sulaiman?Lepas cari-cari di instagram ada pulak yang nak let go tiket free.Oh Allah.Lastly memang tak de rezeki nak dapat tiket free.Saya minta kebenaran suami nak pergi kuliah,dapat permission nak saya pun pergi lah.Tempat kuliah di dewan Masjid Wilayah,bermula dari pukul 6petang-10malam.Empat jam,hari Ahad.The kuliyyah was in English.Speaker Syekh Abu Eesa from UK.Harga tiket RM80 untuk walk in macam saya.Tapi banyak jenis tiket saya tengok,ada student price,early birds dan tiket percuma untuk muallaf atau non muslim kalau tak silap saya.Tapi dah bukan rezeki dapat free ticket,saya bayar RM80.

kisah-nabi-sulaiman-2
Tiket saya.DOMINION

Apa yang menariknya sebelum hadir ke kuliah kami dapat link untuk download notes tau.Jadi kami dapat bawak notes tu masa kuliah.Nota malam tu,ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dalam Al-Quran.

Sepanjang sesi kuliah kami belajar tafsir satu persatu kupasan ayat Al-Quran mengenai Nabi Daud dan juga Nabi Sulaiman.Subhanallah,terang-terang di dalam Al-Quran Allah ceritakan mengenai Nabi Daud dan puteranya Nabi Sulaiman.This is very important to me because I used to know kisah-kisah mengenai 2 Nabi Allah ini melalui buku cerita dan kuliah.Tapi kali ini saya dapat ilmu bermula dari ayahanda Nabi Sulaiman dan juga kisah-kisah mereka yang terakam dalam AlQuran (my beloved book).

Syekh Abu Eesa Credit photo to zahinzul.com & photography team.
Syekh Abu Eesa from UK
Credit photo to zahinzul.com & photography team.

Lepas ni Insyaallah saya dapat ceritakan kisah-kisah Nabi Sulaiman dalam buku cerita anak-anak saya dan beri lebih pemahaman kepada mereka.Ish..ilmu empat jam yang saya dapat malam tu tak dapat saya nak sampaikan penuh di sini.Sebab rasa macam hujan ilmu malam tu.Yang penting lepas ni memang saya nak pergi sangat kalau ada kelas conducted by Almaghrib lagi.Bezanya kuliah mereka berbentuk tafsir.Kupas satu-satu ayat AlQuran dan ajarkan ayat tu dan kupas.Secara linguistik mahupun penerangan ayat.

Credit photo to zahinzul.com & photography team.
Credit photo to zahinzul.com & photography team.

Kuliah berhenti sebentar untuk solat maghrib.Selepas tu disambung lagi dengan The Queen of Saba.Ratu Balqis.Malam itu saya baru tahu kedudukan seekor burung,iaitu burung Hud Hud.Kerana ilmu yang cetek saya ingat burung Hud Hud ni hanya sekadar burung,ala macam burung kakak tua yang selalu berdamping dengan ketua lanun.Tapi punyalah membuka mata saya rupanya spesis burung Hudhud ini adalah antara barisan tentera yang terkedepan.Hudhud adalah spesis burung yang mempunyai paruh yang kuat dan tajam.Bila dia benamkan paruhnya ke dalam padang pasir,kuatnya paruh hudhud sampai dia mampu membuka paruh dalam tanah dan membuka ruang dalam tanah padang pasir untuk mencari air.Jadi hebatnya barisan tentera burung hudhud kerana mereka adalah kumpulan pencari air di padang pasir untuk tentera Nabi Sulaiman.Dan air—-kunci kehidupan manusia dan peradaban.

Slot selepas Isyak di akhiri dengan tafsiran ayat mengenai Malaikat Harut dan Marut,Subhanallah.Ini sedikit yang saya kongsikan mengenainya.

Harut and Marut (Arabic: هاروت وماروت) are the two Angels mentioned in the second Surah of the Qur’an who were present during the reign of the Prophet Solomon and were located at a location called Babel. The Qur’an indicates that they were a trial for the people and through them the people were tested with sorcery.

kisah-nabi-sulaiman-5
Credit photo to zahinzul.com & photography team.

Kuliah berakhir pukul 11 malam.Argh..lewat.Tapi ilmu yang dapat…Allah..Subhanallah.Saya nak sampaikan ni,kalau ada kuliah-kuliah macam ni lagi.Daftarlah,datang dan menuntut ilmu.Saya yang kerdil ini hanya menyampaikan kepada anda-anda sahaja.Semoga dibukakan jalan buat kita mencari majlis-majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga untuk kita.Amin

Info mengenai kuliah-kuliah anjuran Al-Maghrib boleh dibaca di sini>> Facebook Qabeelat Ihsaan Malaysia

(Visited 186 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge