Interesting Places · Jalan-jalan

Destinasi Bajet Di Bentong,Pahang

Minggu lepas kami pergi short-trip ke Bentong.Urbanite kata ‘weekend-getaway’.Kami bercuti ke Bentong.Percutian kami versi bajet.Husband yang main bedal je redah ‘booking’ semua.Akhirnya kami sampai ke Bentong.Di D Nur Rina Chalet And Camp.Jalan ke chalet ni..Ya Allah.Berlekuk lekuk bila keluar dari EXIT bentong.Akhirnya sampai jugak.Dalam kawasan kampung.

tempat-bercuti-di-bentong-4
Gambar kita pinjam dari facebook tuan tanah

Chalet kami yang kat atas warna kuning tu.RM80/semalam.Ada kipas dan toilet.Kami booking dua-dua kat atas tu.Yang di bawah RM40/semalam tak silap saya.Anda kena bawa toto/tilam sendiri.Tempat mandi berasingan. Maksudnya ada centralized toilet.Tinjau punya tinjau,betullah tempat ni popular dengan kem sekolah dan badan-badan kerajaan.Chalet kami tu,macam chalet fasilitator.Kat bawah,budak sekolah.Hehehe!

tempat-bercuti-di-bentong-1
Lain dari yang lain chalet.Rupa paras artistik.

Aktiviti utama kami nak bawa anak mandi manda.Sampai je..silakan mandi.Ini kawasan tadahan air rupanya.Air bukit melimpah ke kawasan ni.Jadi air dia sejuk bukit.Kawasan kolam bertingkek-tingkek.Si kecil mandi kat bawah je lah ye.Yang atas sekali air dia paras dada.

tempat-bercuti-di-bentong-2
Enjoy nampak

Saya terbongkang di chalet.Rasa nak muntah jalan dia bengkang bengkok tadi.Lepas tu,tolonglah tapau siap-siap makanan anda sebelum sampai.Di sini tak de restoran.Jauh sangat.Jadi bajet sampai tu..lepas mandi manda kena makan kan?Samada bawa bekal atau anda tapau siap-siap.Saya masa diorang mandi-mandi ni,tengah sediakan mee maggi kat dalam chalet.Saya bawa pemanggang dan steamboat sendiri untuk sessi bbq malam nanti.

tempat-bercuti-di-bentong-13
Bahagian bawah.Di atas lupa nak snap gambar
tempat-bercuti-di-bentong-11
Tingkat-tingkat air di atas.

Petang tu kami keluar cari restoren.Kata tuan tanah,ada pasar malam di Simpang Durian,Jelebu.Aik,Jolobu?Rupa-rupanya,kawasan ni dah sempadan Pahang-N.9. Kan..jauh perjalanan,luas pemandangan.Kami ke restoren dan pasar malam Simpang Durian.Pasar malam kecil,tapi banyak barang yang dihasilkan atau dibuat sendiri.Ada petai,kueh bahulu murah-murah,ulam-ulam tanam sendiri.Ini high-light of the pasar malam hari tu.Candy floss.

tempat-bercuti-di-bentong-6
Model tembam,setembam candy floss-nya

Bukan senang tau nak tengok mesin candy floss lama tu.Jadi kami ni terus tunjuk kat anak-anak.Adik-adik saya pula ambik video tau.Kalau nak tengok anda boleh tengok di chaneel youtube saya ni > Channel Youtube Littlemunas .

tempat-bercuti-di-bentong-3

Petang tu kami bagi saja diorang main,berkejaran semua.Tanah luas.Main bola dan macam-macam.

tempat-bercuti-di-bentong-7

Malam tu kami buat indoor bbq dan steamboat.Sambil tengok movie kat laptop.Nak bawa ke bbq pit,susah.Sebab bbq pit tepi kolam.Bahaya kalau kita tengah sibuk buat itu ini.Awas..sini ada semut rupanya.Unggas-unggas ada.Kena bawak racun serangga aerosol tu.

tempat-bercuti-di-bentong-10

Esoknya kami balik ikut jalan Negeri Sembilan.Masa pergi kami naik ikut Karak.Seronoklah trip kali ni.Ada adik-adik saya sekali.Alhamdulillah.Syukur.

(Visited 1,937 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Destinasi Bajet Di Bentong,Pahang

  1. dear, yang u punya chalet tu complete ke semua dlm tu? bestnyaaaa boleh bwk hubby dtg sini ada kolam lagi haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge