Produk

Corak baru alas tilam kalis air musim ini lebih maskulin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selesai alkisah anakku di hospital.Sekarang kita bersambung dengan Aidil Adha Isnin akan datang.Minggu ini berjaya selesaikan urusan korban.Alhamdulillah.Korban di Kemboja.Tempahan saat akhir.

Sebagai jurujual online, bahagianya saya bila ada corak baru untuk alas tilam yang masuk.Setelah bertungkus lumus menjual corak lama,kali ini ada kelainan dari segi corak.Boleh saya bertegur sapa dan follow up pelanggan yang pernah beli dengan saya,kalau-kalau mereka teruja dengan corak baru ini.

Corak baru mesra anak lelaki

Kalau anda perasan,corak lama lebih kepada citaras ibu-ibu dan anak perempuan,mungkin atas permintaan dan pandangan ramai,kali ini corak baru yang lebih maskulin muncul.Watak superhero semestinya buat sang arjuna anda teruja.Jom tengok corak buat si abang-abang.

Ramai peminat dan ibu-ibu dah mula berkenan untuk dihadiahkan untuk anak-anak lelaki mereka.Terutama sekali corak Superman antara yang paling laju.

Superman

cadar-kalis-air-1
Corak Superman kontra memukau
Warna merah menyala dan biru terang
Warna merah menyala dan biru terang

Nampak tak di mana mereka jatuh cinta.Wataknya dan warnanya.Tak hairanlah yang baru saja terima barang ingin beli lagi untuk tambah order sendiri atau kawan-kawan.

Kapten Amerika

cadar-kalis-air-3
Kontra warna garang

Kontra warna garang kali ini banyak mengundang cinta ibu-ibu.Kali ini ramai yang mula beli untuk hero masing-masing.

Gambar kiriman Irfan Hazeeq dari Subang
Gambar kiriman Irfan Hazeeq dari Subang

Doremon

Pandang sekali tak jumpa Doremon nya
Pandang sekali tak jumpa Doremon nya
Dah jumpa Doremon
Dah jumpa Doremon

Doremonnya di celahan bunga-bunga cinta.Doremon coraknya kecil-kecil saja.Amat sesuai untuk anak perempuan.

Corak baru mesra orang tua uzur

Jalur-jalur corak universal
Jalur-jalur corak universal

Ya.Tak kurang yang membeli buat orang tua mereka.Yang uzur,strok dan ada juga pelanggan yang bercerita mengenai nenek yang menghidapi alzheimer. Corak jalur paling sesuai kerana ia bersifat universal.Jikalau belikan yang kartun-kartun,tak kena gayanya.

Ok,setakat ini dahulu saya ceritakan mengenai corak-corak yang baru masuk.Oh ya,kalau anda lihat pada gambar ni mesti anda fikir “Eh,letak macam tu je kat atas katil?”.Semalam seorang pelanggan memberi reaksi macam tu.Tak puan-puan.Ada getah pengikat di setiap penjuru cadar kalis air ni.Terletak,kemas dan tak bergerak kalau diguna waktu tidur.

Ha..begini penjurunya
Ha..begini penjurunya

Ok,setakat ini dahulu.Untuk mengetahui mengenai produk dan harga boleh rujuk artikel umum yang ini

>> Cadar kalis air

(Visited 402 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge