Aktiviti bersama anak · Cooking Activity · Homeschooling · Lifestyle

Coffee Chip Cookies guna premix

Alahai..ni mesti mak-mak yang tak pandai buat cookies macam saya yang tengok kan entry ni?Kita serupa..oh kita serupa.Nak tahu premix yang mana 1 jadi bila masak kan?Dan haruslah jimat,kalau guna premix tapi hasil sikit je baik tunjuk je biskut mana yang nak.Ini part of saya punya aktiviti homeschooling bulan puasa sebab memang saya masak dengan anak-anak.

coffee-chip-cookies-guna-premix-1

Ini kit coffee chip kami.Beli kat Bake With Yen.Ini senarai harga;

1kg premix biskut RM4.90

200gm coffee chips RM3.80

500gm butter RM7.20

Total RM15.90 .Dapat 4 balang biskut atau anggaran 200 biji biskut saiz 50sen lama.Gitu lah.Tapi banyaklah tu.Biasa harga sebalang biskut RM20-27 kan?Ini saya dapat 4 balang tau.Kenalah dengan saya yang kurang pandai baking ni.

coffee-chip-cookies-guna-premix-5

Antara task kakak dan saya adalah buat bulat-bulat siap-siap.Untuk kami letak atas dulang bakar.Kemudian kami tekan sampai leper guna garfu.Jadi cooookies sangat!

coffee-chip-cookies-guna-premix-7

Jadi,adik pun dapat task yang sama.Buat bulat.Rupa-rupanya motor skill tangan si adik ni belum pandai bentukkan doh jadi bulat.Jadi dia uli-uli jadi ulat bulu Ngkau..!Its ok.Mummy kasi can.1 tray untuk Fateh buat biskut ulat bulu dan mummy sobar lagi.

coffee-chip-cookies-guna-premix-2

Saya raikan biskut Fateh.Masukkan dalam tray.Dia tepuk tangan.Tengoklah,betapa bangganya dia dapat buat cookies..So saya pulak letak penuh 1 tray doh yang telah saya bulatkan.At the same time,si comel ni hijack 1 tray cookies saya.Semua cookies dalam tray tu,dia bentukkan jadi ulat bulu semula.Nak nangis.So sekarang saya ada 1 tray biskut ulat bulu.Memang nak keriau dah.

coffee-chip-cookies-guna-premix-6

Normal shape cookies.From me and Noura.

coffee-chip-cookies-guna-premix-4

Rupa macam ulat tu Al Fateh yang punya.Ok,selamat hari raya semua.Kami enjoy lah sangat buat kueh raya tahun ni.

Wassalam.

(Visited 107 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge