Parenting

4 cara kreatif pujuk anak mandi

Anak dah masuk 3-4 tahun,bukan senang ye nak panggil mandi.Kalau panggil-panggil manja susah dia nak makan saman.Tambah pulak kalau tengah asyik main atau tengok kartun.Nak guna teknik pulas telinga?..aish..teknik jeritan?habis kalori mak.Tidak3.Apa saya buat.

Aktiviti gembira
Aktiviti gembira

#1 Treasure Hunt

Dengar macam susah.Tidak3..Ambil toys yang kecik-kecik berkonsepkan binatang laut,atau insect atau askar.Masukkan dalam bekas dan letak air.Jangan lupa masukkan pewarna makanan untuk menampakkan efek misteri pada air tu.Bekukan dalam peti ais.

Menarik di mata kanak-kanak
Menarik di mata kanak-kanak

Bila waktu mandi,kalau susah dipujuk.Tunjukkan pada anak dan ajak dia ‘treasure hunt’ di bilik mandi.Bila mereka buntu untuk keluarkan binatang-binatang tu..anda minta mereka percikkan dengan air.Binatang akan terlerai dari ais.Dan minta mereka kumpulkan dalam cebok.Lepas tu mereka akan mandi dengan gembira.

Huh..cemana nak keluarkan sea creatures ni
Huh..cemana nak keluarkan sea creatures ni

Ulang langkah tadi dan masukkan pewarna yang berbeza kali ini.Bekukan.Kalau agak-agak susah panggil mandi,panggil main ‘treasure hunt’ saja.

Esok letak warna lain pulak
Esok letak warna lain pulak

#2 Ajak mandi di luar

Ubah angin.Sekali sekala mandi di luar rumah.Paling simple anda guna je paip getah.Siram.Mandikan macam budak nak disunat.Tu pun dah habis syok dah.

Hujung minggu ajak mandi kolam terus.Nak tambah efek?Anda letak buih banyak-banyak atau pewarna.Lain dari yang lain kan?

Aktiviti gembira
Aktiviti gembira

#3 Air bewarna

Masukkan setitik dua pewarna makanan dalam cebok air.Saja tukar warna untuk mereka main.Jangan sampai lah lekat warna tu pada kulit anak anda.Saya simpan beberapa warna makanan dalam bilik air untuk hari yang perlu memujuk mandi.

#4 Eksperimen campuran warna

Bekukan 2 warna berbeza malam sebelum aktiviti sains ini.Contoh saya bekukan air merah dan air biru dengan menggunakan pewarna makanan.Seperti di bawah;

Ais merah dan biru
Ais merah dan biru

Kemudian ajak masuk ke bilik air dan campurkan 2 warna tadi.Warna berbeza akan terhasil-ungu.Nampak simple,tapi untuk kanak-kanak dah cukup magic dah.Esok-esok campur warna-warna lain pulak.Selain main saja,mereka dapat jugak menghubungkan sel-sel otak masing-masing.

Sekian,selamat mencuba untuk sessi cuti sekolah kali ini.

BESTWAY POOL CASTLE RM200
BESTWAY POOL CASTLE
RM200
Hippo pool RM200
Hippo pool RM200
Disney pool RM200
Disney pool RM200

Untuk pembelian pool sila telegram ke 017 223 5362

Atau pm facebook kami DI SINI

 

(Visited 481 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge