Produk

Cara penjagaan cadar kalis air kala musim hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Disember. Waktu puncak perubahan monsun di Malaysia. Bumi Malaysia paling basah dan boleh dikatakan hujan hampir setiap hari. Kalau musim-musim hujan ni, ada kerja nak buat, perlu diselesaikan seawal mungkin. Seeeloknya waktu pagi. Nanti bila dah petang biasanya hujan.

Minggu lepas, punyalah basah dan lembap. Saya sidai waktu pagi. Bila petang, baju masih lagi lembap. Tak kering sepenuhnya. Semua baju-baju saya masukkan ke dalam dryer dan proses selama 20 minit untuk bagi kering betul air. Waktu ini, dryer betul-betul berguna.

Anak kencing tilam musim hujan

Itu baru cerita baju kan? Kalau tilam yang kena air kencing musim-musim hujan ni? Jangan cerita hapak dan hancingnya. Terkepuk dalam bilik, bila buka kipas pun tak lut bau nak keluar. Yela, sebab ianya tak betul-betul kering.

cadar-kalis-air-cepat-kering-4

Bersyukur juga saya selalu tanya masalah pelanggan. Sebab saya dapat tahu apa masalah yang saya dapat bantu selesaikan. Masalah lampin anak bocor pada musim hujan, memang susah nak atasi. Yang susahnya bila tilam basah.

cadar-kalis-air-cepat-kering-5

Kalau menjemur pun tilam lambat atau susah amat nak kering kan? Ini antara masalah-masalah yang pelanggan saya hadapi. Saya memang akan cadangkan beliau guna cadar kalis air ni. Sekurang-kurangnya cuma basuh dan jemur cadar kalis air. Bukan tilam.

Telap air tak cadar kalis air ni?

Insyaallah, memang tak tembus ke tilam bila gunakan cadar kalis air ni. Kecuali ada kebocoran atau defect pada cadar kalis air. Itu pun puan boleh tukar semula dengan kami. Tak susah nak membasuh cadar kalis air ni. Agak ramai yang terkejut bila saya katakan ia perlu dibasuh tangan untuk menjaga material kalis air tu. Ada juga sampai tak jadi beli tau.

Tapi jangan bayangkan kita kena membasuh comforter. Berat dan besar. Bayangkan macam puan membasuh seluar  track-suit 2 lapisan tu. kan? Nampak tak? Cara-cara membasuh bila alas tilam basah dek kencing

  1. Rendam sebentar dengan sedikit sabun
  2. Bilas dan perah
  3. Sidai di ampaian seperti biasa.

Cepat ke kering kalau basuh cadar kalis air ni?

cadar-kalis-air-cepat-kering-1

Cepat kering adalah jawapannya. Mula-mula semua air akan menitik ke bawah. Disebabkan jenis kainnya tak menampung air. Petang memang dah boleh angkat. Kalau apartment yang ada ruang tempat sidai baju yang kecil pun tiada masalah. Sangkut saja pada penyangkut baju. Pagi sidai, petang dah kering.

Ini gambar dari Pengedar saya Puan Nurazura Shafie, dari Darunnajah Halal Biz.

 

Kalau hari hujan pula. Puan Zura cadangkan guna cadar kalis air ni 2 helai. Bila disidai dan sudah habis air yang menitis, boleh bawa masuk dalam rumah. Dalam rumah, keringkan. Sekejap saja.

cadar-kalis-air-cepat-kering-3

Sekian setakat ini. Saya berterima kasih banyak untuk pengedar saya Puan Nurazura Shafie yang sudi kongsikan idea, pengalaman dan gambar beliau.

puan-zura-pengedar-cadar-kalis-air-alor-setar

(Visited 92 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge