Lifestyle · Parenting

Cara menolak permintaan anak nak beli mainan atau jajan

Minggu lepas saya menyertai Kursus Mendorong Anak Dengan Teknik Nabi anjuran PTS Edu-Consult.Speaker Teknik Nabi yang memang dikenali,Puan Nurhidayah Jaafar.5 September 2015 di Taman Cemerlang,Gombak.Di bawah ini gambar peserta dan speaker pada hari tersebut.Ilmu yang banyak,tapi satu yang saya nak kongsi bersama anda pada hari ini

mendorong-anak-dengan-teknik-nabi-1

Menolak Permintaan Anak

seminar-teknik-nabi-6

Beberapa teknik ada disenaraikan dalam gambar diatas adalah teknik yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w.

Yang saya inginkan ceritakan di sini adalah cara mengurus situasi bila anak mahukan permainan.Tambahan yang mahal dan kurang memberi manafaat.Antara idea ini saya belajar dari peserta lain semasa di kelas.

MERANCANG SEBELUM KE KEDAI

mendorong-anak-dengan-teknik-nabi-2

Biasanya sebelum ke kedai kita akan buat senarai barang yang akan dibeli.Waktu ini panggil anak anda.Tanya mereka apa yg mereka ingin beli dikedai sebab umi nak masukkan dalam senarai umi.Kamu hanya boleh beli hanya 1 barang yang dan dirancang dengan umi.Beri harga dan anda berikan juga harga maksimum yang anda mampu beli.

Apabila sampai dikedai.Ibu dan anak mesti ikut senarai barang yang dibawa tadi.Ini mampu mengelakkan anak anda membeli barang atau mainan yang tak berfaedah atau perbelanjaan tak terancang.Anak-anak juga dapat faham dan menerima tindakan kita memberi had dalam berbelanja

BAWA DUIT BELANJA SENDIRI DAN GUNA

mendorong-anak-dengan-teknik-nabi-3
Anak saya berumur 4 tahun.Setiap kali ke kelas atau taska saya akan berikan RM1.Saya katakan itu adalah duit belanja dia.Dia akan simpan.Bila kami ke kedai.Apa saja yang dia minta,saya akan lihat kepada duit yang dia simpan dalam begnya.Kalau cukup,boleh beli.Kalau tak cukup saya minta dia simpan lagi.

BERI ALTERNATIF SEGERA

Bila kita dihadapan mainan,anak akan meminta-minta untuk masuk dan semestinya beli.Cepat-cepat elak supaya mereka tak nampak.Mungkin ajak mereka main lari-lari atau berjalan cepat menjauhi kedai tersebut.

Jika betul-betul di kawasan menjual mainan.Tawarkan alternatif segera dan cepat.Contohnya mainan lain yang lebih murah.Atau barang lain yang kurang dari harga tadi.Atau syampu dan mandian kanak-kanak.Mungkin ini lebih nilai untuk wang anda selain membeli mainan.Beri alternatif segera dan tidak memberi alasan kenapa anda tidak membeli mainan mereka.

Allahumma solli ‘ala Muhammad

KELAS AKAN DATANG

bengkel-teknik-nabi-25
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT >> http://littlemunas.com/shop/bengkel-mendorong-anak-teknik-nabi/
(Visited 1,196 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Cara menolak permintaan anak nak beli mainan atau jajan

    1. Tak perlu jawab apa-apa mas..sebab jawapan akan akan membuka ruang manipulasi.Ini teknik Rasulullah .Nak dapat idea apa itu teknik nabi,mas cuba google mendorong anak teknik nabi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge