Produk

Cadar kalis air untuk kegunaan ‘homestay’

Assalamualaikum. Di penghujung 2016. Saya dah bersemangat nak melangkah ke 2017 dengan projek-projek besar. Muahahha! Sembang kencang. Maksud saya projek yang memerlukan belanja besar sikit. Saya visualize dan berazam mengerjakan umrah tahun 2017. Benda-benda besar begini kena rancangkan awal. Baru sempat diusahakan. Membuak-buak dan tak tertahan.

Dihubungi pengusaha homestay

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda. Saya tak tersangka yang cadar kalis air ini merupakan keperluan bagi sesebuah homestay. Sampailah salah seorang pelanggan saya, Puan Zariyah whatsap untuk membeli dari saya. Saya agak beliau ibu yang membeli untuk anak kecil. Beliau kenalkan diri sebagai Puan Nor Zariyah. Ingin membeli untuk lapik tilam-tilam di homestay. Bertempat di Tapah.

alas-tilam-untuk-homestay-2

Adakalanya lepas pelanggan check-out. Bau hancing tilam homestay dan beliau tak tahan. Habis sebotol penyegar fabrik katanya. Bukan senang ye, tilam homestay memang kena jaga bau dia. Kalau tak memang tak selesa nak bagi pelanggan tidur, dah kena diganti semula.

alas-tilam-untuk-homestay-1

Warna cadar kalis yang sesuai untuk kegunaan homestay

Biasanya pengusaha-pengusaha homestay memilih jenis plain. Atau kosong sahaja. Sebab akan ditutup pula di atasnya dengan cadar yang sekata dengan langsir atau tema bilik. Biasanya jenis kosong di Little Muna’s ada 3 warna. Iaitu merah jambu, ungu dan biru.

cadar-kalis-air-untuk-pengusaha-homestay-1
Paling ramai peminat adalah warna ungu.

Lapikkan seperti biasa di atas tilam homestay anda. Lihat pada gambar di atas. Lekatkan getah di setiap penjuru tilam. Ini supaya cadar kalis air anda tidak bergerak.

cadar-kalis-air-orang-tua-uzur-3
Lihat material yang gebu di bahagian atas

Warna pink pula agak lembut. Bukan pink jenis terang. Ada juga pelanggan saya inginkan cadar kalis air warna pink sebab cadar yang digunakannya warna putih. Jadi tak nampak bayang di atas cadar tu.

cadar-kalis-air-untuk-pengguna-homestay

Ini pula panduan untuk warna biru. Warna biru adalah biru jenis gelap.

cadar-kalis-air-untuk-pengusaha-homestay-2

Nak yang jenis bercorak pun ada. Pakaikan di bawah cadar sahaja macam ni.

11-soalan-mengenai-cadar-kalis-air-2

Panduan nak mencuci cadar kalis air ini

Senang kan? Kalau cleaner pergi servis homestay anda setiap kali lepas pelanggan daftar keluar. Cuma cek sahaja mana-mana katil yang hancing. Salin cadar dan cadar kalis air. Nak cuci cadar kalis air ni tak susah

  1. Rendam sebentar dengan sedikit sabun
  2. Bilas dan perah
  3. Sidai di ampaian seperti biasa

Nampak leceh ke sebab kena basuh tangan? Jangan fikir macam tu. Ini untuk menjaga bahagian kalis air di bahagian bawah.

Cepat kering. Mula-mula semua air akan menitik ke bawah. Disebabkan jenis kainnya tak menampung air. Petang memang dah boleh angkat. Kalau apartment yang ada ruang tempat sidai baju yang kecil pun tiada masalah. Sangkut saja pada penyangkut baju. Pagi sidai, petang dah kering.

alif-homestay-tapah-pengguna-cadar-kalis-air
Kredit gambar : Alif Homestay, Tapah

Ok. Setakat ini dahulu dari saya. Jumpa lagi

(Visited 94 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge