Aktiviti bersama anak · Parenting

Bulan Ke-2 di Kelas Membaca di Saujana Utama

Alhamdulillah perjalanan kelas membaca Noura anak saya dah masuk pertengahan bulan kedua.Kalau nak baca entri pertama mengenai kelas membaca ni,klik di sini.Syukur,dalam masa 6 minggu Noura dah masuk buku 7.Apa yang saya maksudkan dengan buku 7.Jom tengok sikit isi buku 7.

kelas-membaca-bulan-ke-2-6
Isi buku 7 dalam set Bacalah Anakku

Kadang-kadang saya suka ikut masuk ke kelas membaca.Tetapi selalunya saya terpaksa masuk ke kelas tu jugak sebab anak saya nombor 2 nak sangat ikut…nak masuk kelas macam kakak-kakak lain.Dia baru setahun 9 bulan.Tapi dia rasa…dia rasa dia tu macam sebaya dengan kakak dia.Jadi dia pun nak sibuk masuk kelas tu jugak.

kelas-membaca-bulan-ke-2-4
Fateh the free-rider

Dia nak duduk atas kerusi.Dengan kakak-kakak dan abang.Saya duduklah tepi dia sebab saya tak nak dia ganggu kelas.Ditolaknya saya,sebab dia rasa…dia rasa dia pun kena belajar dengan Cikgu Qaseh.Alahai anak.Rasa nak gelak guling-guling!

Berbalik kepada kelas membaca,kelas selalu dimulakan dengan ucapan salam dan doa.Macam di tadika =) .Lepas tu masing-masing baca sambil Cikgu semak bacaan sorang-sorang.Macam kita mengaji kecik-kecik dulu.

kelas-membaca-bulan-ke-2-3
Comel sangat kelas ni

Ada hari dan waktu Cikgu adakan permainan suku kata.Atau apa-apa alat bantuan mengajar yang lain.Hari-hari macam ni saya tak bawa Fateh masuk kelas.Nanti sepah.

kelas-membaca-bulan-ke-2-1
Hari permainan suku kata

Sementara kaka-kakak bermain Fateh suka buat doodle di whiteboard tau.Tapi ada satu kesan positif sikap si kecik ni bila dia nak join sangat kelas membaca.Dia belum boleh bercakap.Tapi dia kenal huruf,sikit-sikit.Dan boleh sebut huruf konsonan.Ni ada kakak Alisya rajin ajarkan dia di kelas.Jom tengok video komedi Fateh ni

 

(Visited 294 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge