Lifestyle

Buku Musa Vs Firaun

Kalau buku best.Wajib saya kongsi di blog.Husband saya,dia tak baca buku,saya yang jadi tukang kongsi buku yang saya baca dengan dia.Minggu lepas saya habiskan buku Musa Vs Firaun ni.Bukunya tak tebal pun,saya yang lambat baca kali ni.

Template Final Cover_6x9

Buku ni saya pinjam di Perpustakaan PPAS,Shah Alam.Tengok saja muka depan saya tertarik.Saya suka nak tahu kisah Nabi Musa,sebab selama ni selain membaca quran,saya selalu dengar kisah nabi-nabi dari Ustaz Don dan Ustaz Taha.Kali ini saya sangat nak tahu pasal Nabi Musa Vs Firaun sebab memang diceritakan terperinci dalam quran.

Bila saya baca buku ni,Subhanallah3…saya sangat tak sangka pencerahan sangat hebat.Buku ini ,menceritakan dari saat Nabi Musa lahir,dihanyutkan ke sungai sehingga akhir hayat beliau.Saya memang ingat kisah-kisah nabi Musa sebagai puzzle-puzzle kecil,seperti kisah Qarun,kisah isteri Firaun yang beriman iaitu Asiah,kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir,kisah manna was salwa,kisah laut terbelah,kisah samiri denga patung lembu emas,kisah nabi Musa ingin melihat Allah dan baaaanyak lagi.

Semua itu dulu macam puzzle tau,saya tahu kisahnya,tapi cuma keratan-keratan kisah al Quran.Bila baca buku ni…dari nabi Musa dilahirkan sehinggan beliau wafat setelah bani Israel memasuki ‘The Promised Land’ diceritakan secara kronologi.Wallahi,tiadalah apa yang saya temui dalam buku ini kecuali manafaat dan pencerahan yang baik ┬ákisah Nabi Musa kepada saya.

Antara isi yang saya rasa sangat lega dapat tahu;

+ Isteri Firaun,Asiah yang mengambil Nabi Musa ketika dihanyutkan adalah bernama Permaisuri Isonofre.Mumia Isonofre tidak dijumpai sehingga kini.Ini kerana,dari segi pandangan Firaun,Asiah tidak mengiktiraf dia sebagai Tuhan,jadi Firaun memerintahkan tukang awet jenazah diraja supaya tidak diawet permaisuri Asiah kerana dia ingkar.Hikmahnya,Allah memelihara jasad Asiah yang beriman.Jasad firaun-firaun,Allah kekalkan sebagai bukti kepada orang beriman tentang keingkaran mereka.

+ Firaun terkenal zalim.Diperintahkan setiap bidan yang menyambut anak bani israel supaya membunuh anak-anak lelaki yang baru lahir sebab percaya dengan tilikan bahawa akan ada seorang lelaki yang akan menghancurkannya suatu hari nanti.Tapi Allah menjadikan Firaun sangat tidak berdaya,dan membela,mendidik dan membesarkan musuhnya iaitu Musa di rumah sendiri.

+ Pasca selepas Bani Israel melihat sendiri Firaun ditelan laut Merah.Perjalanan mereka menuju ke Jerusalem.Pasca selepas exodus,anda akan membaca dan terus membaca mengenai sifat-sifat dan keingkaran Bani Israel seperti dalam Al-Quran

+ Kisah Qarun.Qarun adalah pakcik kepada Musa.Bagaimana dia menjadi kaya.Dia mengkhianati Bani Isarel untuk mendapatkan kepercayaan,kekuasaan dan kekayaan dari pemerintahan Firaun.

Buku ini saya bagi 5 bintang.Rugi tak baca.Subhanallah.

(Visited 354 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge