Aktiviti bersama anak · Homeschooling · Interesting Places · Jalan-jalan · Lifestyle

Puas ber-LEGO di Blokke Kaffe,Citta Mall

Sebabkan dekat dengan rumah,sempat kami jengah kafe ni.Sebab terpengaruh dengan instagram Sheahnee Iman Lee,isteri Abang Naz (JJCM).Ok,jom tengok entrance dia pun dah..wow!Posing sikit.

blokke-kaffe-1

Bahagian depan kafe ada koleksi lego-lego super.Bahagian dekorasi kafe macam ni.Semua berkonsep LEGO. Memang comel amat lah.

blokke-kaffe-3

Nampak je meja yang penuh dengan LEGO,semua boleh main.Terus kena serbu.Memang kafe ni sangat-sangat berkonsep keluarga.Untuk ibu ayah dan anak-anak lepak.Anak-anak main dan mak boleh “haaaaahh….” sekejap.

blokke-kaffe-2

Tengok.Semua sedia maklum kebaikan main blok ni kan.Lagi lama duduk,lagi terserlah kreativiti masing-masing.Anak saya mula-mula macam tak de idea nak buat apa.Enjin belum panas.Lama-lama dah jadi farm house gitu.

blokke-kaffe-8

Jumpa set buku ni..terus anak suruh bacakan.

blokke-kaffe-7

Enjoy dan chillax gitu.Memang rasa relax sikit di kafe ni.Berbeza dengan kafe ‘”dunia ke-3″ yang bila kita pergi makan bawa anak-anak kecil,masih ada mentaliti selfish merokok di dalam restoren atau kafe tak kira ada kanak-kanak atau wanita mengandung.Paling malang,tuan kafe merokok depan kaunter.

Free ke main LEGO tu?

LEGO di bahagian depan tu memang free.Beli lah kopi ke..air ke,aiskrim ke.Dan mainlah LEGO di situ sepuasnya.

Makanan mahal tak?

Kafe di sini simple sahaja,ada kopi,aiskrim,ice lemon tea dan lain-lain.Sedikit muffin,fries dan nugget macam tu saja.Harga semua bawah RM10.Kafe ni memang tak sesuai untuk dinner.Macam nak makan western,goreng-goreng mahupun tomyam.Tapi lebih kepada bersifat lepak dan relax.Kalau nak jumpa client,meeting atau nak catch up dengan geng ibu-ibu dan tak nak terlalu diganggu anak,bawak je ke kafe ni.

Apa yang best lagi?

blokke-kaffe-4

Ini satu seksyen dalam kafe ni iaitu indoor playground.Entrance fee RM15 untuk seorang kanak-kanak.Boleh tinggal selama 2 jam.Sesuai sangat dating dengan husband tengok movie kat tingkat atas tu.Ada orang tolong jagakan anak sekali.Ada artificial sand pit juga.

blokke-kaffe-5

Ok,setakat ini dahulu ya.Jom jalan-jalan lagi.

(Visited 2,302 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Puas ber-LEGO di Blokke Kaffe,Citta Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge