Interesting Places · Lifestyle

Bersama Puan Zariyah Pengusaha Homestay Alif di Tapah, Perak

Assalamualaikum semua. 2 hari ni saya agak lengang. Masa-masa begini saya gunakan untuk update blog saya. Saya memang suka menulis. Ini semua bermula dengan menulis diari waktu saya kecil. Sampai saya besar. Kalau tiada diari atau catitan, rasa susah nak track pencapaian saya, target dan impian saya. Begitu pentingnya  bab catat mencatat dalam hidup saya ni.

Puan Zariyah Pengusaha Homestay

alas-tilam-untuk-homestay-2

2 minggu lepas saya teruja sebab seorang pegusaha homestay menghubungi saya. Bertanyakan mengenai cadar kalis air ini. Saya agak beliau ibu yang membeli untuk anak kecil. Beliau kenalkan diri sebagai Puan Nor Zariyah. Ingin membeli untuk lapik tilam-tilam di homestay. Bertempat di Tapah.

Adakalanya lepas pelanggan check-out. Bau hancing tilam homestay dan beliau tak tahan. Habis sebotol penyegar fabrik katanya. Bukan senang ye, tilam homestay memang kena jaga bau dia. Kalau tak memang tak selesa nak bagi pelanggan tidur, dah kena diganti semula.

alas-tilam-untuk-homestay-1

Akhirnya Puan Zariyah memborong dari saya untuk kegunaan homestay beliau. Seterusnya jadi pengedar cadar kalis air di di kawasan Tapah dan Slim River. Warna-warna pilihan untuk homestay beliau biasanya kosong sahaja. Sebab di atas cadar kalis air tu, Puan Zariyah gunakan cadar biasa.

Alif homestay di Tapah

alif-homestay-pengguna-cadar-kalis-air

Saya lihat-lihat di facebook Alif Homestay Tapah. Menarik.Ada 2 semi D dan 1 unit banglo. Baca pula di blog Alif homestay beliau, teruja saya. Kemas dan kemudahannya lengkap. Segala aircond, air panas dan wifi ada. Rumah dan banglo luas. Boleh berkampung keluarga besar.

Harga pun berpatutan. Sekitar RM250-350 sehari. Dengan kelengkapan macam tu memang berbaloi. Saleh Yaacob dan krew penerbitan juga ada menyewa homestay Puan Zariyah tau.Jom saya tunjuk sikit gambar homestay beliau. Saya pula yang tak sabar bercuti ke Tapah.

alif-homestay-tapah-pengguna-cadar-kalis-air
Sejuk mata memandang.
alif-homestay-tapah-pengguna-cadar-kalis-air-2
Dapur kemas memikat hati

alif-homestay-tapah-pengguna-cadar-kalis-air-2

Puas menjamu mata. Bolehlah jadikan Tapah sebagai destinasi berikutnya kan? Katanya berdekatan dengan Kuala Woh, Air Terjun Chenderiang dan Lata Kinjang.Semoga berjalan lancar bila Puan Zariyan dah lapik tilam-tilam homestay beliau dengan cadar kalis air ni. Puan Zariyah juga menjadi pengedar cadar kalis air di kawasan Tapah. Terus maju ya, Alif Homestay.

pengedar-cadar-kalis-air-slim-river

(Visited 230 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge